Herman Tino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Aiman Tino.
ABU TINO
Herman Tino - Akibat Putus Cinta.jpg
Latar belakang
Nama lahirMasrun bin Tamisi
Kelahiran (1954-12-05) 5 Disember 1954 (umur 64)
Berasal dariTanjong Karang, Selangor, Malaysia
GenreAsli & K-POP
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif1981 - kini
Syarikat rakaman
EMI

Herman Tino mencipta nama sebagai seorang penyanyi pada tahun 1982 - 1986. Beliau dilahirkan pada 5 Disember 1954 di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Nama sebenar beliau ialah Masrun Bin Tamsi dan berketurunan Jawa.

Herman Tino pertama kali muncul dengan album Mengapa Dikenang Mengapa Difikir pada tahun 1983 dan berjaya mencipta fenomena ketika itu. Lagunya berjaya bertahan di dalam carta lagu radio selama berpuluh minggu ketika itu.

Beliau pernah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak pada tahun 1989 sebagai tanda protes terhadap suatu perkara yang sehingga kini masih lagi misteri. Beliau tidak pernah memberitahu apakah sebabnya beliau mengambil keputusan berjalan kaki sejauh itu pada ketika itu.

Terbaru, pada tahun 2013 beliau juga telah berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanjung Karang sebagai simbolik ketika beliau bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 di Parlimen Tanjung Karang.

Beliau juga telah muncul berlakon di dalam beberapa drama dan filem tempatan Malaysia.

Antara lagu Herman Tino yang masih hangat hingga kini ialah Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Pelita Dalam Kabus, Berkorban Apa Saja, Yale Yale, Makan Sirih, Kamar Sepi, Ojo Kesandung, Cinta Tertahan Tahan, Kupendam Biarpun Parah dan banyak lagi.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai pilihan raya umum Malaysia 2013 sebagai calon bebas, bertanding kerusi parlimen Tanjung Karang.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Akibat Putus Cinta

Lagu popular[sunting | sunting sumber]

  1. Kupendam Biarpun Parah
  2. Akibat Putus Cinta
  3. Pelita Dalam Kabus
  4. Cinta Tertahan-tahan
  5. Ojo Kesandung
  6. Kamar Sepi
  7. Mengapa Dikenang Mengapa Difikir
  8. Derma Bukan Tontonan
  9. Aku MilikMu
  10. Suara Di Rantau
  11. Tengkar Tengkaran
  12. Di Sini Saja
  13. Maharani
  14. Seri Banang
  15. Timang Banjar
  16. Berkorban Apa Saja
  17. Serampang Laut (duet Sharifah Aini)

Akibat Putus Cinta[sunting | sunting sumber]

  • Serampang Laut (duet bersama Sharifah Aini
  • Akibat Putus Cinta
  • Bahagia Bersama
  • Bahgia Sejati
  • Bantulah Sekadar Mampu
  • Bebaskan
  • Berkorban Apa Saja
  • Cinta Lara
  • Cinta Tertahan tahan
  • Di Ambang Sore

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Herman Tino bertanding Bebas di Parlimen Tanjong Karang". Kosmo! Online. 20/04/2013. Dicapai 20 April 2013.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]