Hermann Boehm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hermann Boehm
Portrait - Hermann Boehm (1942).jpg
Laksamana Hermann Boehm
Kelahiran(1884-01-18)18 Januari 1884
Rybnik
Meninggal dunia11 April 1972(1972-04-11) (umur 88)
Kiel
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1919)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1903–45
PangkatGeneraladmiral
ArahanSMS Hessen
Markas Wilayah Laut Utara
Panglima Armada Kriegsmarine
Panglima Markas Besar Kriegsmarine Norway
PertempuranPerang Dunia I
Perang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II

Hermann Boehm (18 Januari 1884, Rybnik – 11 April 1972, Kiel) adalah seorang Laksamana Jerman semasa Perang Dunia II.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Boehm menyertai Kaiserliche Marine pada 1 April 1903 sebagai kadet dan menjalani latihan asas diatas kapal SMS Stein. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Kapitänleutnant pada 19 September 1914 dan semasa Perang Dunia I memerintah beberapa buah bot torpedo. Pada 1919 beliau telah diberhentikan dari tentera, tetapi apabila tentera laut itu diaktifkan semula sebagai Reichsmarine pada 1920 beliau telah dipanggil semula bertugas, berkhidmat sepenuhnya di jawatan staf sehingga tahun 1933.

Pada 3 Oktober 1933 Boehm dijadikan komandan kapal Hessen selama setahun, sehingga beliau dinaikkan pangkat ke Konteradmiral pada musim gugur 1934 dan dilantik Panglima Angkatan Peninjau Tentera Laut. Dari 25 Ogos 1936 hingga 3 Ogos 1937, sewaktu peringkat permulaan Perang Saudara Sepanyol, beliau memerintah angkatan laut Jerman di luar pantai Sepanyol. Pada 1 April 1937 beliau dinaikkan pangkat ke Vizeadmiral dan menjadi pemerintah Stesen Laut Utara. Pada awal tahun 1938 beliau mendapat pangkat Admiral dan pada November 1938 menjadi Flottenchef (Panglima Armada).

Sejurus selepas Pertempuran Sungai Plate, Boehm dilucutkan dari jawatan dan dibiarkan tanpa tugas selama beberapa bulan. Selepas pencerobohan Norway pada April 1940, beliau telah dilantik Panglima Tentera Laut Jerman di sana pada 10 April 1940, mendapat kenaikkan pangkat ke Generaladmiral pada 1 April 1941. Pada Mac 1943 beliau telah dikeluarkan dari Norway dan pada 31 Mei tahun yang sama beliau secara rasmi bersara, efektif pada 1 Jun. Dari 1 Mac 1944 hingga 31 Mac 1945 beliau mengepalai inspektorat program latihan Kriegsmarine, dimana akhirnya beliau ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya dari Kriegsmarine.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • (Jerman) Hans H. Hildebrand und Ernest Henriot: Deutschlands Admirale 1849-1945 Band 1: A-G, Biblio Verlag, Osnabrück 1988, ISBN 3-7648-1499-3, p 126-127

Pautan luar[sunting | sunting sumber]