Hero of the Soviet Union

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gelaran Hero of the Soviet Union (Wira Kesatuan Soviet) (Bahasa Rusia: Герой Советского Союза, Geroy Sovetskogo Soyuza) merupakan penghormatan tertinggi dalam Soviet Union, dikurniakan secara peribadi atau bersama kerana melakukan aksi kepewiraan yang menakjubkan dalam sumbangan kepada negara Soviet dan masyarakat.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Anugerah ini telah dizahirkan pada 5 Mei 1934, oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet. Penerima pertama gelaran ini pada asalnya hanya menerima darjah Order of Lenin, iaitu anugerah tertinggi Soviet, berserta dengan sijil (грамота, gramota) yang menerangkan perlakuan kepewiraan daripada Presidium Tertinggi Soviet KRSS. Disebabkan Order of Lenin boleh dikurniakan untuk kelakuan menakjubkan yang tidak melayakkan mereka gelaran wira, dan bagi membezakan para wira daripada pemegang darjah Order of Lenin yang lain, pingat Bintang Emas telah diperkenalkan pada 1 Ogos 1939. Wira-wira terawal adalah layak secara retroaktif untuk pingat ini.

Seorang wira boleh dianugerahkan sekali lagi gelaran ini kerana melakukan aksi kepewiraan yang seterusnya dengan tambahan pingat Bintang Emas dan sijil. Satu darjah tambahan Order of Lenin tidak dikurniakan sehingga tahun 1973. Amalan penganugerahan yang berkali-kali telah dimansuhkan oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet pada tahun 1988 sewaktu zaman perestroika.

Ramai warga asing dianugerahkan gelaran ini.

Gelaran ini juga boleh diberikan selepas kematian, walaupun sering tanpa pemberian pingat Bintang Emas yang sebenar.

Gelaran ini hanya boleh dibatalkan oleh Presidium Tertinggi Soviet.

Penerima terkenal[sunting | sunting sumber]

Marsyal Georgy Zhukov (tengah) memakai tiga bintang Hero of the Soviet Union dan Marsyal Konstantin Rokossovsky (kanan) memakai dua

Penganugerahan sekali[sunting | sunting sumber]

Penganugerahan dua kali[sunting | sunting sumber]

Penganugerahan tiga kali[sunting | sunting sumber]

  • Ivan Kozhedub – Juruterbang pesawat pejuang Perang Dunia II yang paling banyak terima pingat; dianggap sebagai "Ace of Aces" pihak Bersekutu Perang Dunia II dengan 62 kemenangan, mengatasi mana-mana juruterbang lain Bersekutu sepanjang peperangan 1939-1945.
  • Semyon Budyonny – Komander tentera, Tentera Kavalri 1 dalam Perang Saudara dan kemudian Markas Kavalri Tentera Darat, juga Marshal of the Soviet Union dan dari tahun 1937 hingga 1940, Panglima, Wilayah Tentera Moscow.

Penganugerahan empat kali[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]