Heroon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Suatu heroon di Sagalassos (kini di Antalya, Turki).

Heroon (Bahasa Yunani Kuno: ἡρῷον) ialah suatu binaan yang wujud pada zaman Yunani Purba khusus memperingati suatu pahlawan, dewa atau dewi untuk tujuan pemujaan; binaan ini didirikan baik pada makam mahupun senotaf sang pahlawan.

Binaan-binaan ini menjadi tumpuan kelompok pemuja pahlawan yang dianggap sebagai titik utama identiti sesebuah negara kota atau polis, ia turut menyimpan peninggalan tulang-belulang pahlawan. Malah, kepentingan pemujaan sebegini boleh menimbulkan persaingan hasil perebutan hak milik tulang-belulang ini sesama para pemujanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Parkins, Helen. Roman Urbanism. Routledge, 1997.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]