Herzegovina Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Duci Saint Sava.
Herzegovina Lama (di Montenegro)

Herzegovina Lama (bahasa Montenegrin dan Serbia: Стара Херцеговина/Stara Hercegovina) ialah kawasan sejarah di Montenegro. Istilah ini juga merujuk kepada hujung yang paling selatan kawasan Herzegovina di negara jiran Bosnia and Herzegovina.[1]

Kawasan ini termasuk sebahagian Montenegro pada masa ini, dengan kawasan pantai Herceg Novi, kawasan sekitar Nikšić, dan kawasan bergunung merentangi ke Pljevlja. Kawasan ini juga dianggap termasuk Prijepolje, yang kini berada di Serbia, dan kawasan-kawasan sekitar Foča, Kalinovik, dan Goražde, yang kini termasuk di dalam Bosnia dan Herzegovina.

Nama ini datang daripada Duci St. Sava zaman pertengahan, ditubuhkan oleh herzog Stefan Vukčić Kosača di dalam Kerajaan Bosnia, dan zaman Uthmaniyyah Sanjak Herzegovina. Antara tahun 1580 dengan tahun 1867, Herzegovina sebahagian daripada Eyalet Bosnia, dan sekejap sebahagian daripada Eyalet Herzegovina (1833–1851), dari Empayar Uthmaniyah. Bahagian timur telah diilhakkan ke Keputeraan Montenegro setelah Kongres Berlin (1878), manakala yang selebihnya ditubuhkan Kondominium Bosnia dan Herzegovina di bawah pemerintahan Austro-Hungary.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (www.dw.com), Deutsche Welle. "Safari kroz Hercegovinu | Svi sadržaji | DW | 28.07.2017". DW.COM (dalam bahasa Bosnia). Dicapai 2017-07-29. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Šćekić, Radenko; Leković, Žarko; Premović, Marijan (2015). "Political Developments and Unrests in Stara Raška (Old Rascia) and Old Herzegovina during Ottoman Rule". Balcanica. XLVI: 79–106. doi:10.2298/BALC1546079S. 

Templat:Geographical regions of Montenegro