Pergi ke kandungan

Hetalia: Axis Powers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hetalia: Axis Powers
ヘタリア Axis Powers
(Hetaria Akushisu Pawāzu)
GenreKomedi, Sejarah
Manga
PengarangHidekaz Himaruya
PenerbitGentosha
Penerbit Lain
Tokyopop (2010 – 2011)
Tokyopop dan Right Stuf (2012 – sekarang)
DemografikSeinen
Tarikh Pengeluaran20062013
Manga
Hetalia World Stars
PengarangHidekaz Himaruya
PenerbitShūeisha
DemografikShōnen
Tarikh Pengeluaran22 September 2014 – kini
Animasi internet original
PengarahBob Shirohata
StudioStudio Deen
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan pada24 Januari 20095 Mac 2010
Jangka masa tayangan5 minit
Episod52
Animasi internet original
Hetalia: World Series
PengarahBob Shirohata
StudioStudio Deen
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan pada26 Mac 201011 Mac 2011
Jangka masa tayangan5 minit
Episod48 (ditambah 4 OVA)
Filem anime
Hetalia: Axis Powers - Paint it, White!
PengarahBob Shirohata
StudioStudio Deen
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan pada5 Jun 2010
Jangka masa tayangan77 minit
Permainan
Gakuen Hetalia Portable
PembangunOtomate
PengeluarIdea Factory
GenrePengembaraan
Cebisan hidup
PelantarPlayStation Portable
Tarikh dikeluarkan24 Mac 2011
Animasi internet original
Hetalia: The Beautiful World
PengarahHiroshi Watanabe
StudioStudio Deen
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan pada25 Januari 201321 Jun 2013
Jangka masa tayangan5 minit
Episod20
Animasi internet original
Hetalia: The World Twinkle
PengarahHiroshi Watanabe
StudioStudio Deen
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan pada3 Julai 2015 – kini
Portal Anime dan Manga

Hetalia: Axis Powers (ヘタリア Axis Powers, Hetaria Akushisu Pawāzu) ialah sebuah komik web berbahasa Jepun, yang diadaptasi sebagai siri manga dan anime oleh Hidekaz Himaruya (日丸屋秀和, Himaruya Hidekazu). Fokus cerita Hetalia ialah peristiwa-peristiwa politik dan sejarah serta perbandingan umum pelbagai jenis kebudayaan negara-negara dunia. Watak-watak cerita ini merupakan personifikasi negara, wilayah (seperti Hong Kong), dan negara mikro (seperti Sealand), dengan rujukan terhadap personifikasi nasional lain seperti Uncle Sam dan John Bull. Stereotaip budaya, baik positif mahupun negatif, saling membentuk perwatakan mereka.

Jumlah watak yang terlibat adalah banyak meskipun jauh daripada lengkap. Secara umunya, watak-watak utama dalam cerita termasuk negara-negara Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia II, iaitu Itali (Itali Utara secara khusus), Jerman dan Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Rusia, dan China. Hetaria (ヘタリア) merupakan paduan yang menggabungkan kata hetare (ヘタレ, "tidak berguna" atau "menyedihkan") dan "Itaria" (イタリア, "Itali"). Peristiwa pada plot cerita utama berlangsung selama zaman Perang Dunia II, tetapi sebahagian besar komik mengambil latar masa peristiwa bersejarah yang lain serta hari perayaan moden, ataupun tidak tertakluk pada zaman tertentu. Siri ini sering kali menggunakan satira dan komedi ringan untuk menggambarkan berbagai-bagai peristiwa sejarah terkenal serta beberapa peristiwa yang kurang popular dan fakta-fakta kebudayaan lain. Interaksi sejarah, politik, ekonomi, dan ketenteraan antara negara diwakili dalam Hetalia dalam bentuk interaksi sosial dan salah falam antara watak.

Pada awalnya, Himaruya menciptakan Hetalia sebagai komik web atas talian. Sejauh ini, enam tankōbon telah diterbitkan oleh Gentosha buat kali pertama pada 28 Mac 2008, yang kedua pada 10 Disember 2008, yang ketiga pada 20 Mei 2010, yang keempat pada 30 Jun 2011, yang kelima pada 31 Julai 2012, dan yang keenam pada 31 Oktober 2013. Dua jilid pertama telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris lalu diterbitkan oleh Tokyopop di Amerika, United Kingdom (UK) dan Kanada. Kedua-dua jilid yang telah diterbitkan sejauh ini telah tersenarai dalam senarai manga terlaris oleh The New York Times.[1][2] Sehingga Mei 2012, manga versi bahasa Inggeris diterbitkan oleh Tokyopop melalui Right Stuf. Siri ini kemudian diadaptasi menjadi drama CD dan sebuah anime bersiri buatan Studio Deen yang mula disiarkan secara atas talian. Sehingga 8 Januari 2010, pengedaran anime Hetalia pada peringkat antarabangsa diuruskan oleh Funimation Entertainment.

  1. ^ "Best Seller - Manga: October 10, 2010" (dalam bahasa Inggris). The New York Times. 10 Oktober 2010. Dicapai pada 8 Julai 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Best Seller - Manga: January 16, 2011" (dalam bahasa Inggris). The New York Times. 16 Januari 2011. Dicapai pada 8 Julai 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]