Hexaplex trunculus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hexaplex trunculus
Julat zaman: Pliosen - Kini
Hexaplex trunculus
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Gastropoda
Subkelas: Caenogastropoda
Order: Neogastropoda
Keluarga: Muricidae
Genus: Hexaplex
Subgenus: Trunculariopsis
Spesies:
H. trunculus
Nama binomial
Hexaplex trunculus
Sinonim
  • Hexaplex (Trunculariopsis) trunculus (Linnaeus, 1758)· diterima, gambaran ganti

Murex armigerus Settepassi, 1970 (tidak tersedia, diterbitkan dalam karya yang tidak memakai tatanama binomial tekal (ICZN art. 11.4))

  • Murex coronatus Monterosato in Franceschini, 1906
  • Murex dumosus de Stefani, 1875
  • Murex falcatus Sandri & Danilo, 1856 (tak sah: homonim muda bagi Murex falcatus G.B. Sowerby, 1834)
  • Murex fasciatus Risso, 1826 (tak sah: homonim muda bagi Murex fasciatus Gmelin, 1791)
  • Murex gallica Dollfus, 1926
  • Murex gallicus Dollfus, 1923
  • Murex neomagensis Fontannes, 1879 (sinonim ragu)
  • Murex polygonulus Lamarck, 1822
  • Murex portulanus Monterosato in Franceschini, 1906
  • Murex ramulosus Risso, 1826
  • Murex rivalis Monterosato, 1923
  • Murex soldanii de Stefani, 1875
  • Murex soldanii meneghini de Stefani, 1875
  • Murex solidior Monterosato in Franceschini, 1906
  • Murex subasperrimus d'Orbigny, 1852
  • Murex taurinensis Bellardi & Sacco, 1872 (sinonim ragu)
  • Murex trunculus Linnaeus, 1758
  • Murex yoldii Mörch in Sowerby, 1879
  • Phyllanotus trunculus (Linnaeus, 1758)
  • Polyplex purpurescens Perry, 1811
  • Truncularia trunculus (Linnaeus, 1758)
  • Truncularia trunculus var. aspera Monterosato in Coen, 1933
  • Truncularia trunculus var. bulo Coen, 1933
  • Truncularia trunculus var. purpurifera Coen, 1933
  • Truncularia trunculus var. tetragona Stalio in Coen, 1933 (nama infrasubspesifik, tidak diakui oleh ICZN)
  • Trunculariopsis trunculus (Linnaeus, 1758)

Hexaplex trunculus (bahasa Inggerisnya banded dye-murex) ialah spesies siput laut berukuran sedang yang merupakan moluska gastropod lautan dalam keluarga Muricidae, iaitu siput nunam atau siput batu.

Spesies siput laut ini bernilai penting dalam sejarah kerana kelenjar hipobrankianya mengeluarkan mukus yang digunakan sebagai zat pewarna biru atau nila pada zaman dahulukala oleh orang Fenisia atau Kanaan. Salah satu bahan kimia utama dalam zat pewarna yang dihasilkan adalah dibromo-indigotin, dan jika dibiarkan di bawah sinar matahari beberapa minit sebelum menjadi keras, maka warnanya akan menjadi biru nila seperti warna biru seluar jean.[perlu rujukan]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini hidup di Laut Tengah dan pantai Lautan Atlantik di Eropah dan Afrika, terutama Sepanyol, Portugal, Maghribi, Kepulauan Canaria, Azores.[1] Nunam ini tinggal di perairan sublitoral dangkal.

Peta taburan Hexaplex trunculus

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Susunan spesies Hexaplex trunculus yang sering ditemui

Hexaplex trunculus mempunyai cangkang berbentuk kerucut melebar sekitar 4 hingga 10 cm panjangnya. Cangkang ini bergelung dengan tujuh pusar angulat. Cangkang ini berbeza-beza bentuk dan warnanya dengan jalur gelap dalam empat jenis. Rusuk-rusuknya kadangkala mempunyai penebalan atau duri, dan memberikan penampilan kasar pada cangkang ini. Cangkangnya kerap dilitupi alga, yang menyamarkannya, membuatkannya tampil menyamai dasar laut.

Penggunaan oleh manusia[sunting | sunting sumber]

Rembesan siput ini digunakan sebagai zat pewarna pada zaman dahulu. Orang pun memakan siput ini di Sepanyol dan Portugal.[2]

Sebagai zat pewarna kuno[sunting | sunting sumber]

Pewarna ungu ini datang daripada masyarakat Fenisia. Kota pelabuhan Fenisia di pesisir Lebanon hari ini, mengeksport pewarna merentasi Mediterranean.

Bahan pewarna ungu Fenisia (Phoenician purple)

Kaedah purba untuk menghasilkan pewarna ungu secara besar-besaran daripada Hexaplex trunculus belum berjaya dihasilkan dengan jayanya kerana warna keunguan memudar dengan cepat, meninggalkan hanya warna biru saja. Namun, penggunaan spesies ini dalam menghasilkan pewarna ungu sudah dipastikan oleh ahli arkeologi Fenisia, di mana sejumlah besar kerang ditemukan dalam gedung penyimpanan kuno yang digunakan untuk memperoleh zat pewarna ini. Diduga, 10 sampai 12 ribu nunam diperlukan untuk memperoleh satu gram zat pewarna ini. Zat ini dihargai tinggi dalam dunia purba. Kadang-kadang dikenal sebagai biru diraja (royal blue), harganya sangat mahal dan hanya digunakan oleh golongan bangsawan kelas paling tinggi.

Zat pewarna yang serupa, ungu Tyre (Tyrian purple), yang coraknya ungu-merah, dibuat daripada spesies siput laut yang masih berkaitan iaitu Bolinus brandaris. Zat pewarna (yang juga dikenal dengan nama "ungu diraja"), ini juga sangat mahal harganya.

Alkitab Ibrani ada menyebutkan zat pewarna biru khusus, yang disebut "tekhelet" (Ibrani: תְּכֵלֶת), untuk dipakai pada pakaian efod bagi Imam Besar, mahupun jumbai-jumbai tzitzit untuk orang awam, yang dipercayai merujuk kepada zat pewarna biru dari Hexaplex trunculus jika dibiarkan di bawah matahari.[3] Talmud mengajarkan bahawa sumber pewarna tekhelet adalah makhluk laut yang dikenal sebagai khillazon (Ibrani: חילזון, ḥillazon), dalam bahasa Ibrani moden diterjemahkan sebagai "siput". Talmud juga menyebutkan adanya pewarna tiruan dari sumber tumbuhan yang disebut kela-ilan, dikenali sebagai Indigofera tinctoria, sumber pewarna biru yang terkenal di dunia purba. Talmud menjelaskan bahawa sama sekali dilarang untuk menggunakan pewarna palsu ini secara sengaja (misalnya, jika seseorang ditipu oleh penjual, maka jejumbai tzitzit yang dipakai masih kosher (tidak haram), tetapi tidak memenuhi pensyaratan agama untuk jumbai tekhelet).[4] Tosefta menjelaskan bahawa kela-ilan tidak hanya satu-satunya sumber pewarna yang dilarang. Kenyataannya, sumber pewarna lain selain khillazon tidak diterima untuk membuat pewarna biru.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Houart, R.; Gofas, S. (2009). "Hexaplex trunculus (Linnaeus, 1758)". Dalam Bouchet, P.; Gofas, S.; Rosenberg, G. (penyunting). World Marine Mollusca Database. World Register of Marine Species. Dicapai pada 2010-05-05.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Vasconcelos, P.; Carvalho, S.; Castro, M.; Gaspar, M. B. (2008). "The artisanal fishery for muricid gastropods (banded murex and purple dye murex) in the Ria Formosa lagoon (Algarve coast, southern Portugal)" (pdf). Scientia Marina. 72 (2): 287–298. doi:10.3989/scimar.2008.72n2287.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Ptil Tekhelet Organization
  4. ^ False Tekhelet http://www.tekhelet.com/pdf/false.pdf

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]