Hidrometri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen pengukuran hidrometri

Hidrometri ialah pemantauan te hadapkomponen kitaran air termasuk curahan hujan, karakterisitk air bawah tanah, serta kualiti air dan ciri-ciri aliran air permukaan.[1] Etimologi istilah hidrometri berasal daripada bahasa Yunani iaitu, ὕδωρ (hydor) 'air' + μέτρον (metron) 'ukur'.

Hidrometrik ialah topik dalam sains gunaan dan kejuruteraan yang berkaitan dengan hidrometri. Ia merupakan disiplin kejuruteraan yang merangkumi beberapa-beberapa bidang yang berbeza. Disiplin ini berkaitan dengan hidrologi tetapi lebih mengkhususkan dalam pengukuran komponen kitaran air terutamanya kuantiti pukal bagi sumber air. Ia merangkumi beberapa bidang amalan kejuruteraan tradisional termasuk hidrologi, struktur, sistem kawalan, sains komputer, pengurusan data dan komunikasi. Pertubuhan Piawaian Antarabangsa secara rasmi mentakrifkan hidrometri sebagai "sains pengukuran air termasuk kaedah, teknik dan instrumentasi yang digunakan".[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Boiten, Wubbo (2000). Hydrometry. IHE Delft Lecture Note Series. Taylor & Francis. ISBN 9789054104193. ISSN 1567-7052.
  2. ^ ISO 772:2011 Hydrometry - Vocabulary and symbols. Pertubuhan Piawaian Antarabangsa.