Fon Siri FHWA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Highway Gothic)
Highway Gothic
هايويي ڬوتيك
Umum
KategoriSans-serif
JenisTypeface family Sunting ini di Wikidata
SistemAbjad Rumi Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Negara asal
Amerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
PenciptaTed Forbes
Tarikh dicipta
1948 Sunting ini di Wikidata
Sampel
Lihat semua aksara
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Highway Gothic (secara rasminya dikenali sebagai Fon Siri FHWA atau Abjad Piawai untuk Tanda Lebuhraya) merupakan satu set muka taip sans serif yang dibangunkan oleh Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan Amerika Syarikat dan sering digunakan pada papan tanda jalan raya di AS, Kanada, Mexico, Australia, Sepanyol, Belanda, Turki, Brazil, Chile, Malaysia dan New Zealand. Fon ini direka bagi membolehkan papan tanda jalan raya lebih mudah dibaca pada jarak jauh dan pada kelajuan tinggi. Versi yang dikenali sebagai Highway Gothic atau Interstate, yang boleh dijual kepada orang awam, menyertakan tanda baca berasaskan bentuk segiempat sama. Namun demikian, pada papan tanda pula, tanda baca rasmi Siri FHWA berasaskan bentuk bulat.

Set ini terdiri daripada tujuh fon: "A" (paling sempit), "B", "C", "D", "E", "E(M)" (versi ubah suai "E" dengan lejang lebih lebar), and "F" (paling lebar). Fon tersebut asalnya hanya terdiri daripada huruf besar, kecuali "E(M)", yang sering digunakan pada papan tanda tunjuk arah lebuh raya besar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Muka taip ini didefinisikan secara rasmi dalam Abjad Piawai bagi Peranti Kawalan Lalu Lintas oleh FHWA, asalnya diterbitkan pada tahun 1945 (cetakan semula 1952). Perubahan spesifikasi diterbitkan pada tahun 1966, 1977, dan 2000. Spesifikasi 2000 berbeza daripada versi terdahulu dari segi bentuk beberapa huruf serta penyertaan huruf kecil pada kesemua siri abjad.

FHWA Siri A, B, C, D, E, dan F dibangunkan oleh Pentadbiran Kerja Raya (yang kemudiannya menjadi FHWA) semasa Perang Dunia Kedua. Versi draf bagi muka taip ini digunakan pada tahun 1942 untuk papan tanda bagi jaringan jalan raya Pentagon.[1] Pada tahun 1949–50, sebagai sebahagian daripada program kajian mengenai papan tanda lebuh raya dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan California, Siri E Ubahsuai dibangunkan daripada Siri E dengan menebalkan lebar lejang untuk menyertakan pemantul butang bagi papan tanda yang dipasang pada tanah, sementara abjad kecil dibangunkan untuk membolehkan petunjuk kes bercampur (asalnya terdiri daripada Siri D danhuruf kecil) untuk digunakan pada papan tanda gantri berpencahayaan luaran.[2] Huruf-huruf kecil, berpasangan dengan Siri E Ubahsuai, kemudian menjadi asas kepada piawaian rasmi bagi petunjuk kes bercampur pada papan tanda tunjuk arah lebuh raya melalui penerbitan tahun 1958 buku panduan papan tanda bagi lebuh raya Interstate oleh AASHTO.

Siri "A" secara rasmi tidak lagi digunakan di AS, walaupun ia terus digunakan pada sesetengah papan tanda di New Zealand. Pada tahun 2004, FHWA menerbitkan huruf-huruf kecil bagi kesemua muka taip dan membuat perubahan pada Buku Panduan Peranti Kawalan Lalu Lintas Seragam, yang membenarkan penggunaannya.[3]

Sepanjang beberapa dekad seterusnya, muka taip Clearview lebih baharu, yang juga dibangunkan khas untuk kegunaan papan tanda lalu lintas, bakal menggantikan Siri FHWA pada beberapa papan tanda baharu.[4]

Tobias Frere-Jones merekabentuk muka taip Interstate, berasaskan Siri FHWA, pada tahun-tahun 1990an.[4]

Contoh[sunting | sunting sumber]

FHWA Siri B

FHWA Siri C

FHWA Siri D

FHWA Siri E

FHWA Siri F

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Transport, muka taip yang digunakan oleh papan tanda jalan raya JKR format baharu.
  • LLM Lettering, muka taip yang direka khas oleh LLM untuk papan tanda lebuh raya di Malaysia.
  • Clearview, yang dijangkakan bakal menggantikan muka taip FHWA secara beransur-ansur dalam masa beberapa dekad akan datang
  • Senarai muka taip papan tanda awam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Loutzenheiser, D.W. "Design of signs for the Pentagon road network." Proceedings of the Highway Research Board, 1943, pp. 206-35.
  2. ^ Forbes, Theodore W, Moskowitz, Karl, and Morgan, Glen. "A comparison of lower case and capital letters for highway signs." Proceedings of the Highway Research Board, 1950, pp. 355-373.
  3. ^ Moeur, Richard (2005-04-22). "Sign Typefaces". Manual of Traffic Signs. Dicapai pada 2006-05-18.
  4. ^ a b Yaffa, Joshua (August 11, 2007), "The Road to Clarity", The New York Times Magazine, dicapai pada 11 August 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]