Hikayat Acheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hikayat Acheh merupakan sebuah hikayat Melayu lama.

Ia termasuk dalam perpustakaan Melayu yang terkandung nama-­namanya di dalam daftar Werndly dalam T.M. 1736. Isi buku ini merupa­kan ringkasan sejarah sahaja dan bahasanya tiada hidup yakni tidak seperti bahasa yang terkandung di dalam buku Sejarah Melayu.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Hikayat Acheh itu mula-mulanya meriwayatkan kisah mulai daripada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim di­ Acheh Utara, baginda ini dalam T.M. 1525 telah memberontak melawan Maharaja yang berkerajaan di negeri Pasai, akhirnya Sultan Ibrahim dapat mengalahkan Kerajaan Pasai itu. Maka semenjak masa itulah pusat pemerintahan di Pasai itu telah berpindah ke Acheh dan kekuasaannya semakin berkembang.

Kekuasaan Acheh telah sampai ke­puncak kebesarannya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (T.M. l606-1636), se­bilangan besar negeri-negeri dalam Pulau Perca itu ter­takluk ke bawah perintahnya, demikian juga negeri-negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu termasuklah negeri Johor. Kemudian di sebutkan pula sesudah Melaka jatuh ke tangan Feringgi berulang-ulang kali negeri itu telah di­serang oleh angkatan perang Acheh dan ada kalanya ber­bulan-bulan pula negeri Melaka itu dikepong.

Seterusnya diriwayatkan bahawa Sultan Iskandar pernah mengesyor­kan kapada Sultan Agung Mataram yang menguasai seluruh Jawa dan Madura dan pada masa itu sedang menentang kekuasaan Belanda di Jakarta supaya bersetuju bekerjasama melawan kekuasaan asing itu, tetapi syor Sultan Acheh itu telah di tolak oleh Sultan Agung Mataram. Sultan Iskandar Mahkota Alam tiada mempunyai putera melainkan puteri-puteri belaka, seorang di antara menantu baginda itu telah menggantikan baginda di atas takhta Kerajaan Acheh dengan gelaran Sultan Iskandar Thani.

Sesudah pemerintahan baginda itu Acheh telah di perintah bergilir-gilir oleh empat orang raja perempuan. Pada zaman itulah pula Kerajaan Acheh beransur-ansur lemah hingga beberapa buah negeri yang takluk kepada­nya melepaskan diri masing-masing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]