Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Genre Drama
Cinta
Ditulis oleh Sofia J. Rhyland
Pengarah Shalini Balasundaram
Dibintangi oleh
Alif Satar
Nabila Razali
Hafreez Adam
Nadiyah Shahab
Lagu pembukaan "Pematah Hati" oleh Nabila Razali
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan episod 16 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran Isnin - Jumaat, 10 malam.
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asal Astro Ria & Astro Ria HD. (Slot MegaDrama).
Siaran asal 24 April 2017
Kronologi
Mengikuti Cik Serba Tahu
Diikuti oleh Hero Seorang Cinderella

Hikayat Cinta Si Pematah Hati merupakan sebuah drama bergenre cinta dan berbahasa melayu di negara Malaysia. Drama ini ditayangkan pada 24 April 2017 yang merangkumi 16 episod. Drama ini diadaptasi dari novel karya asal E-Man Sufi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Drama ini diarahkan oleh Shalini Balasundram dibawah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Wafeen Wardah (Nabila Razali) mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan (Hafreez Adam). Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl (Alif Satar).

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya telah disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri kepada Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang menggemari kuih karipap pusing yang kerap dibuat oleh Wafeen. Mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. Disitulah dia mulai mengenal pasti yang lelaki tersebut adalah Rayyan.

Sementara itu, Daniel pula dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn (Nadiyah Shahab) membuatkan Wafeen sangat kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen dan mencuba untuk merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu perkara tersebut lalu dia merancang sesuatu dengan Tengku Zarynn bagaimana cara untuk memenangi hati Wafeen agar menjadi isterinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pematah Hati - Nabila Razali

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.