Hikayat Raja Jumjumah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hikayat Raja Jumjumah atau juga dikenali sebagai Hikayat Tengkorak Kering merupakan sebuah hikayat lama Melayu yang berkaitan dengan kisah pada zaman agama Islam se­dang mulai berkembang.

Ia terdapat dalam bentuk mikrofilem dengan rujukan Hikayat Tengkorak kering [Microfilm: NL 2553]. (1894). Penang: Mercantile Press.

Hikayat Raja Jumjumah menceritakan bagai­mana Nabi Allah Isa memohon ke hadrat Tuhan minta supaya sebuah tengkorak kering yang dijumpainya di ­sebuah padang negeri Syam itu berkata-kata kapadanya; seterusnya hikayat ini meriwayatkan bagaimana tengkorak itu menceritakan kapada Nabi Allah Isa bahawa ia se­orang raja di negeri Masir dan Syam yang penuh dengan segala kemewahan dan bersifat adil, tetapi ia tiada menunai­kan fardhu sembahyang lima waktu.

Kemudian di­ceritakannya pula pengalamannya yang dahsyat-dahsyat dideritainya sesudah ia mati, serta berbagai pandangannya bagaimana azabnya orang-orang yang berbuat maksiat kena seksa di akhirat; tetapi bagi dirinya yang ada juga mempunyal ilmu agama dan berbuat kebajikan bersedekah kepada fakir miskin maka akhirnya terlepas juga ia dari­pada neraka walaupun sesudah menderitai berbagai-bagai azab sengsara.

Akhirnya ia memohonkan kiranya Nabi Isa mendoakan ke hadrat Tuhan supaya ia dihidupkan se­mula untuk berbuat amal yang soleh. Apabila permo­honannya itu telah makbul maka ia tiada berkehendak lagi menjadi raja tetapi sentiasa beribadat kepada Allah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]