Hikayat Sang Kancil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hikayat Sang Kancil
Pengarah
Dibintangi
  • Zainab Wahab
  • Sharifuddin Kahar
  • Mohd Daud Iman
  • Maharom Ghani
Dikisahkan olehSiti Hasmah Mohd Ali
Disunting olehA. Suppiah
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1983
Masa tayangan
12 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Hikayat Sang Kancil atau Sang Kancil sahaja, ialah sebuah filem animasi pendek Malaysia 1983 arahan Rahman B. dan Hassan Muthalib terbitan Filem Negara Malaysia.[1] Berdasarkan daripada kisah dongeng Melayu, ia telah diuar-uarkan sebagai filem animasi pendek pertama Malaysia. Asalnya ditayangkan pada 1978, bagaimanapun, ia ditayangkan secara rasmi pada 1983.[2][3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hikayat Sang Kancil dimulakan dengan adegan aksi-secara langsung yang memaparkan dua beradik yang sedang menuju ke sebuah perkampungan kecil tidak jauh dari rumah mereka dan meluangkan masa membaca bersama buku bertajuk Sang Kanchil.

Adegan animasi pula menyusul dengan memaparkan keindahan alam semulajadi, diikuti dengan burung dan rama-rama bebas bertentangan. Sepasang burung berbisik sambil burung jantan berkata: "Aku sayang padamu, dinda!", sepasang sang kancil meminum air di tasik sambil merenung, seekor harimau bintang mengaum dan sepasang tupai menikmati kacang. Sepasang ekor monyet sedang asyik bermain di atas dahan pokok, diikuti dengan air terjun. Muncul pula sang kancil yang menuju ke tasik sambil melihat rama-rama terbang di sekelilingnya. Seekor kerbau sedang asyik memakan rumput, manakala seekor buaya menuju ke tempat di mana kerbau memakan rumput sambil diperhatikan dari jauh oleh sang kancil sementara sekumpulan monyet bergaut di atas pokok sehingga dahan pokok jatuh dan terkena pada tengkuknya. Buaya itu menjerit meminta pertolongan dan meminta kerbau mengangkat dahan sambil menahan sakit. Selepas kerbau mengangkat dahan pokok itu menggunakan tanduknya, buaya itu berterima kasih kepada kerbau, lalu menggigit kaki kerbau.

Kerbau itu menjerit meraung kesakitan sambil meminta pertolongan dan merayu agar dilepaskan. Sang kancil datang sambil memberi nasihat. Muncul pula tikar buruk yang hanyut di tasik sambil berkata-kata kepada sang kancil, kemudian pergi jauh. Setelah dinasihati oleh sang kancil, buaya itu melepaskan kaki kerbau dan kerbau itu meletakkan dahan pokok itu pada tengkuk buaya. Namun, buaya itu meminta kerbau supaya ingat pada perjanjian. Sang kancil menyuruh kerbau pergi sebelum buaya menggigitnya lagi. Buaya itu terus menahan kesakitan, kemudian sang kancil meninnggalkan buaya itu dan menuju ke tempat lain.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

  • Zainab Wahab sebagai Sang Kancil
  • Sharifuddin Kahar sebagai Sang Kerbau
  • Mohd Daud Iman sebagai Sang Buaya
  • Maharom Ghani sebagai Tikar Buruk

Penerbitan dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Hikayat Sang Kancil dibangunkan pada 1961 oleh Anandam Xavier, pereka set Malayan Film Unit (kini Filem Negara Malaysia) yang terlatih dalam bidang animasi. Beliau mereka bentuk, menganimasikan dan melakukan semua latar belakang dengan hanya seorang pembantu, Goh Meng Huat. Ia telah siap sepenuhnya pada tahun 1978.[3][5]

Selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Penerangan, ia ditayangkan secara rasmi pada 1983 selepas 5 tahun tertangguh atas sebab-sebab politik.[3][1][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Sejarah filem animasi Malaysia". Berita Minggu. 8 Julai 2012. Dicapai pada 18 Disember 2019. Perkembangan filem animasi di Malaysia bermula sejak 1983 dengan terhasilnya animasi pendek Hikayat Sang Kancil yang diterbitkan Filem Negara Malaysia (FNM) selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Penerangan ketika itu untuk menerbitkan filem animasi pendek berdurasi 13 minit arahan Anandam Xavier.
  2. ^ Afiq Hanif (28 September 2011). "Polisi animasi perlu jelas". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2019. Semuanya bermula pada 1983 apabila industri animasi tempatan mencatatkan sejarah menerusi penayangan filem animasi pendek pertama bertajuk Hikayat Sang Kancil di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  3. ^ a b c Serimah Mohd Sallehuddin (23 September 2010). "Animasi bukan sekadar kartun". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2019. Animasi pertama yang dihasilkan ialah Hikayat Sang Kancil pada 1983.
  4. ^ S. Indra Sathiabalan (9 Ogos 2015). "A fascination for films". The Sun Daily. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (1 Disember 2011). "Belajar daripada Sang Kancil". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2019.
  6. ^ Tan Choe Choe (29 Mei 2011). "'Sang Kancil' was a hit on TV". New Sunday Times. Dicapai pada 18 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]