Hilang (album Guba)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hilang
Album studio oleh Guba
Dikeluarkan pada18 Julai 2012
Dirakam pada2011–2012
Studio rakaman
  • Greenhouse Studio
  • Tune Studios
  • Drumworks Studio
GenrePop, R&B
SyarikatLaguna Music
PenerbitJeffrey Little, Jason Voo, Saiful Ridzuan
Single daripada album Hilang
  1. "Aku Pergi"
    Dikeluarkan pada: 2011
  2. "You're So Fine"
    Dikeluarkan pada: 2011
  3. "Hilang"
    Dikeluarkan pada: 2012

Hilang ialah album sulung oleh penyanyi pop Malaysia kelahiran Sabah, Guba Rawantas, dikeluarkan pada 18 Julai 2012 oleh Laguna Music.[1][2][3] Ia memuatkan lagu seperti "Aku Pergi" dan "You're So Fine",[4] sebuah duet bersama Yuna Zarai. Album ini menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-20.[5] Sesi pradengar album Hilang di Wowloud diadakan pada 11 Julai 2012, iaitu 7 hari sebelum pelancaran rasmi.[6]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan album Hilang melibatkan enam jurutera rakaman di tiga studio rakaman yang berbeza. Diketuai oleh penerbit, Jeffrey Little (Prana, Estrella, SevenCollar T-Shirt, PureVibracion) yang bekerjasama dengan rakan-rakan lain; Saiful Ridzuan (SevenCollar T-Shirt, Estrella) dan Jason Voo bersama-sama dengan pemuzik-pemuzik lain. Album ini mengambil masa dalam tempoh setahun untuk disiapkan. Album ini telah diadun oleh Mohd Hafiz (Pesawat, Lab the Rat) di Tune Studios, manakala mastering oleh Joe Gastwirt (311, Pearl Jam, Grateful Dead) di Los Angeles, Amerika Syarikat.[7]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Purple River"   3:47
2. "Oh Please"   3:10
3. "You and Me"   3:41
4. "You're So Fine" (menampilkan Yuna) 3:58
5. "Aku Pergi"   3:45
6. "Sunday Morning"   2:51
7. "Alright"   4:52
8. "A Beauty Company" (menampilkan Diana Danielle) 3:42
9. "Did We"   2:32
10. "Hilang"   4:16

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 18 Julai 2012 Muat turun digital[8]
Penstriman digital[9]
Laguna Music

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh dari catatan media album:[10]

Pemuzik
  • Guba - vokal
  • Saiful Ridzwan - gitar
  • Jeffrey Little - dram
  • Jason Voo - piano
  • Kelly - bes
Penerbitan
  • Greenhouse Studio, Tune Studios & Zahid Ahmad Drumworks Studio - studio rakaman
  • Jeffrey Little, Jason Voo & Saiful Ridzuan - penerbit
  • Jeffrey Little, Hafiz Ahmad, Bijan FX, Jason Voo, Tom Bollocks, Saiful Ridzuan - rakaman
  • Hafiz Ahmad - pengadun
  • Joe Gastwirt - mastering
  • Jeremy Little & Ena Riduan - pengurusan
Pemuzik tambahan
  • Dram: Zahid Ahmad (You’re So Fine / Sunday Morning)
  • Gitar: Ham Abdullah (Alright/Hilang)
  • Perkusi:
    • Olly (Aku Pergi /Oh Please)
    • Zahid Ahmad (You’re So Fine/Sunday Morning)
    • Afifullah (Sunday Morning)
  • String (You’re So Fine):
    • Hizami Arsad – Cello
    • Ahmad Munir Mahzair – Violin
    • Muhammad Saufi Nasyari – Violin
  • Cello (Aku Pergi/Hilang): Mariamlisa Zainal Abidin
  • Horn Section (Sunday Morning): Muhd Aidili Fitri bin Rosman – Trombone
  • Shahir Sharis Ismail – Trumpet
  • Dani – Trumpet
  • Vokal latar:
    • Ariff Zahidee (Sunday Morning)
    • Saiful Ridzuan (Aku Pergi)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2013[5] Anugerah Industri Muzik ke-20 Guba dan Yuna Zarai Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu Dicalonkan
"You're So Fine" Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (11 September 2012). Laguna Music Lancar Album Guba Berjudul HILANG Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 September 2012.
  2. ^ Guba tidak tumpang populariti Kosmo! (21 Oktober 2012). Dicapai pada 22 Oktober 2012.
  3. ^ Guba Artis terbaru Laguna Music Laguna Music. Dicapai pada 28 November 2013.
  4. ^ Gandingan eksklusif Guba dan Yuna Sinar Harian (30 Ogos 2013). Dicapai pada 28 November 2013.
  5. ^ a b "'Top nominees for AIM 20". The Star Online. 6 November 2013. Dicapai 15 Mac 2014.  (Inggeris)
  6. ^ Pre-listen to Guba’s New Album ‘Hilang’ on WOWLOUD wearemalaysianmade (12 Julai 2012). Diperoleh pada 13 Julai 2012.
  7. ^ Penyanyi Kacak, Guba, Punyai Bakat Yang Bakal Menyinar Oh BUlan! (13 September 2012). Diperoleh pada 1 Oktober 2012.
  8. ^ "Hilang". iTunes Store (MY). Apple. 19 Julai 2012. Dicapai 2 Ogos 2012. 
  9. ^ "Hilang - album by Guba". Spotify. 19 Julai 2012. Dicapai 2 Ogos 2012. 
  10. ^ Hilang (catatan media). Guba. Laguna Music. 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]