Hilary Tham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Hilary Tham (20 Ogos 1946 - 24 Jun 2005), juga dikenali sebagai Hilary Tham Goldberg,[1] ialah seorang penyair Amerika Syarikat kelahiran Malaysia. Tham belajar sastera Inggeris di Malaysia sebelum berkahwin dengan seorang pekerja Peace Corps Amerika. Beliau kemudian masuk agama Yahudi dan berhijrah ke A.S. tak lama kemudian. Tham menerbitkan banyak buku puisi dan menjadi ketua editor untuk badan penerbitan puisi bukan untung, Word Works.[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Anak perempuan kepada keluarga pendatang China, Hilary Tham dilahirkan di Klang, Malaysia. Beliau memasuki ke sekolah konven yang dikendalikan oleh biarawati dari Ireland, sekolah Katolik yang dikendalikan oleh biarawan Dominikan, dan sekolah persiapan di Kuala Lumpur. Beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam sastera Inggeris dari Universiti Malaya pada 1969. Beliau masuk agama Yahudi setelah berkahwin dengan pekerja Yahudi Amerika untuk Peace Corps, Joseph Goldberg, di Malaysia. Pada 1971, pasangan itu berhijrah ke Amerika Syarikat, pertama menetap di New Jersey dan kemudian berpindah ke Arlington, Virginia dua tahun kemudian. Beliau mempengerusikan Northern Virginia Coalition, sebuah organisasi nirlaba yang membantu menempatkan semula pelarian Vietnam,[1] dan berkhidmat sebagai presiden persaudaraan di rumah ibadatnya, yang kini menjadi Kongregasi Etz Hayim di Arlington.[2] Tham adalah ketua editor untuk Word Works, sebuah badan penerbitan puisi bukan untung, dan merupakan penyunting puisi untuk Potomac Review.[1] Beliau mengajar menulis kreatif di pelbagai sekolah berdekatan, termasuk Sekolah Tinggi Yorktown dan Sekolah Menengah Williamsburg, dan merupakan pelukis berus Cina.[2] Beliau meninggal dunia di Arlington pada umur 58 tahun akibat kanser paru-paru metastatik.[1]

Tham mencerminkan budaya Asia dan Amerika dalam karyanya.[3] Beliau telah dikategorikan sebagai "penulis Cina-Malaysia dengan pengaruh Yahudi."[1]

Karya separa[sunting | sunting sumber]

Puisi[2][4][sunting | sunting sumber]

Memoir[2][sunting | sunting sumber]

  • Lane With No Name: Memoirs and Poems of a Malaysian-Chinese Girlhood. 1997. ISBN 089410831X.

Cerita pendek[2][sunting | sunting sumber]

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

Koleksi puisi Tham, Bad Names for Women, memenangi hadiah kedua dalam Virginia Poetry 1988 Prize dan Paterson Poetry Prize 1990. Tin Mines and Concubines menerima Washington Writers Publishing House Prize. Dua bukunya telah muncul dalam kurikulum Universiti Pittsburgh.[1] Pada 2005, Word Works menamakan Capital Collection mereka sebagai Capital Collection Hilary Tham sebagai tanda penghormatannya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Oh, Seiwong (2013). Encyclopedia of Asian-American Literature, Second Edition (dalam bahasa Inggeris). m/s. 74–75. ISBN 978-1438140582.
  2. ^ a b c d e f Holley, Joe (29 Jun 2005). "Poet, Teacher Hilary Tham Goldberg, 58; Immigrant's Art Explored, Fused Cultures". Washington Post (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Lee, Jonathan H. X.; Nadeau, Kathleen M. (2011). Encyclopedia of Asian American Folklore and Folklife, Volume 1 (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 794. ISBN 9780313350665. Dicapai pada 30 Oktober 2014.
  4. ^ a b "Historical Profiles of Word Works Programs and Publications" (dalam bahasa Inggeris). Word Works. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2014. Dicapai pada 12 Oktober 2014.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Faye Moskowitz, ed. Her Face in the Mirror: Jewish Women on Mothers and Daughters. Beacon Press. 1995. ISBN 0807036153. p. 142.
  • Rocío G. Davis. Begin Here: Reading Asian North American Autobiographies of Childhood. University of Hawaii Press. 2007. ISBN 082483092X. p 51.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]