Hilmi Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Hilmi Ismail
Pengarah Urusan
Brainy Bones Studios
Memegang jawatan
2014
Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Malakat Eco
Memegang jawatan
2022
Didahului olehAffandi Hamzah
Butiran peribadi
LahirMuhammad Hilmi bin Ismail
1990 (umur 31–32)
PendidikanSarjana muda multimedia (Filem dan animasi)
Universiti Multimedia
PekerjaanJuruanimasi, ketua pegawai ekskutif
Karya pentingKring! (2019)

Hilmi Ismail (lahir 1990) ialah seorang juruanimasi di Malaysia. Beliau merupakan pengarah filem animasi pendek tahun 2019, Kring![1]. Beliau juga ialah ketua pegawai eksekutif bagi Kumpulan Malakat Eco dan Kumpulan Brainy Bunch bermula 2022[2].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hilmi menamatkan pengajian sarjana muda multimedia dari Universiti Multimedia Malaysia pada 2014 dalam pengkhususan filem dan animasi[2][3].

Filem animasi[sunting | sunting sumber]

Hilmi merupakan pengarah bagi sebuah filem animasi pendek yang mula ditayangkan sempena hari guru pada tahun 2019[4] berjudul Kring!. FIlem ini telah memenangi beberapa anugerah perfileman peringkat antarabangsa seperti di Festival Filem Antarabangsa mengenai Kekurangupayaan Ke-4 di Perancis sebagai Filem Animasi Pendek Terbaik[5] dan Festival Animasi Antarabangsa Bergen: ReAnima di Norway sebagai Filem Animasi Terbaik untuk Kanak-kanak[1].

Bidang korporat[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang korporat pula, Hilmi telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif bagi dua buah kumpulan syarikat iaitu Kumpulan Malakat Eco, sebuah syarikat perniagaan dan Kumpulan Brainy Bunch, sebuah syarikat dalam bidang pendidikan. Beliau dilantik mengetuai kedua-dua syarikat ini bermula Mac 2022[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Anne Dorall (18 November 2020). "M'sian Animated Film Wins ANOTHER International Award For Its Heartwarming Story About Learning Disabilities In School". The Rakyat Post. Dicapai pada 19 November 2020.
  2. ^ a b c "Hilmi Ismail dilantik CEO Kumpulan Malakat Eco yang baharu". Malakat Tribun News. 26 Mac 2022. Dicapai pada 23 Jun 2022.
  3. ^ "Alumni: Wall Of Fame". Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University. Dicapai pada 23 Jun 2022.
  4. ^ Fiza Kamarudin ‘My Teacher My Hero’ – Syamel, Ernie Tulis Lagu ‘Terima Kasih Guruku’ Astro Gempak
  5. ^ Mohd. Fairuz Yusof KRING! menang FIFH 2020 Diarkibkan 2020-02-19 di Wayback Machine Malakat Tribun News

Pautan luar[sunting | sunting sumber]