Himpunan Jutaan Belia 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah diadakan selama seminggu di sekitar Putrajaya . Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan perhimpunan itu pada hari Sabtu, 26 Mei 2012 . Himpunan Jutaan Belia tahun ke-3 ini diadakan selama lima hari yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu disasar menghimpunkan kira-kira dua juta golongan belia dengan pelbagai aktiviti mereka.


Seramai 2.4 juta pengunjung hadir dalam tempoh 5 hari itu.[1]Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan jumlah itu termasuk 1.1 juta pengunjung daripada 296,795 kenderaan, dan jumlah kunjungan ke segmen-segmen yang disediakan yang mencatatkan 1.3 juta pengunjung. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) turut menyediakan jumlah pengunjung tersebut.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Terdapat 38 segmen, menyediakan kira-kira 500 aktiviti di sepanjang laluan enam km dengan 24 pentas pertunjukan untuk dikunjungi orang ramai itu disasar menjadi antara 10 karnival tahunan terbesar dunia. Najib yang baru pulang dari lawatan kerja ke United Kingdom dan Amerika Syarikat terlibat dalam aktiviti mencanting batik, Little Indian Street, Chinese Youth Cultural Village, dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Beliau turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2012 bagi kategori 'Lelaki', 'Wanita', 'Pencapaian Luar Biasa' '1Belia 1Malaysia', dan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012. [2]


Aktiviti menarik yang lain termasuklah Pertandingan Memancing yang diadakan di Pusat Rekreasi Air, Presint 13, dan perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19. Pengunjung dari Jepun, Indonesia, Filipina dan Singapura turut serta dalam aktiviti Redah 4x4, Jet Ski, dan melihat persembahan artis-artis dari negara mereka.


Malaysia Book of Records turut mencatatkan dua acara terbesar iaitu Star Gazing dengan 153 teleskop dan Mencanting Batik Terpanjang - sepanjang 263.3 meter. Seramai 1,800 peniaga serta pemamer terlibat dengan 2,009 buah khemah didirikan dan 16 trak makanan bergerak terlibat pada himpunan itu.Tajaan berjumlah RM27 juta, dalam bentuk tunai dan penganjuran program, melebihi sasaran sebanyak RM25 juta, manakala sebanyak 50 agensi kerajaan, 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan 264 pihak swasta turut menyertai program tersebut

Kritikan[sunting | sunting sumber]

  • Pelbagai pihak termasuk akhbar MCA, The Star telah menyorot bayaran RM2.4 juta untuk membawa kumpulan penyanyi remaja wanita K-Pop. Akhbar itu melaporkan para pengguna internet di negara ini membantah tindakan kerajaan BN membayar begitu mahal duit rakyat untuk membayar artis yang berpakaian separa telanjang itu.[3] Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut kesal dengan pemilihan artis luar negara yang bercanggah dengan budaya , aksi dan pemakaian rakyat Malaysia.[4]Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi kesal dengan pemilihan K-Pop yang tidak selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diuar-uarkan kerajaan. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed menjelaskan bahawa AS$300,000 (RM900,000) dibayar membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop). Invois RM2.04 juta bukan yang terkini. Kos penganjur, Stadium First Sdn Bhd yang membawa kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss akan ditanggung penaja. [5] Nama syarikat penaja itu belum diumumkan.
  • Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap parti pembangkang tidak mempolitikkan insiden kemmalangan semasa Himpunan Jutaan Belia 2012. Seramai 17 belia cedera apabila kereta drag terbabas di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19. Muhammad Iskandar Rasiq Shaari (20) mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, .Ami Nakim (27) retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu. Muhamad Fairuz Jalaludin (27) sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Himpunan Jutaan Belia 2012 Catat 2.4 Juta Pengunjung
  2. ^ Pelancaran Oleh PM Kemuncak Acara Himpunan Jutaan Belia Petang Ini
  3. ^ "Himpunan Hijau dan Himpunan Belia mula dibanding". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-05. Dicapai pada 2012-06-04.
  4. ^ Konsert K-Pop: Shabery mohon maaf
  5. ^ SENIMAN: Utamakan artis tempatan, bukan K-pop
  6. ^ Jangan Politikkan Kes Kemalangan Himpunan Jutaan Belia