Himpunan Tanah Rakyat 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perhimpunan Tanah Rakyat 2012 diadakan di Plaza Angsana,Johor Bharu, Johor . Himpunan Tanah Rakyat dianjurkan Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang mulanya menyasarkan kehadiran peserta seramai 30,000 orang bagaimanapun gagal apabila hanya disertai kira-kira 500 peserta sahaja.

Perhimpunan itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.[1]

Tindakan polis[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan ini melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Ruslan Hassan mendapati penganjur perhimpunan tidak menghantar notis perhimpunan 10 hari sebelum tarikh penganjuran.Penganjur juga tidak mendapat kebenaran daripada pengurusan Plaza Angsana, UDA Holdings Bhd untuk melakukan perhimpunan di lokasi tersebut.UDA Holdings membuat satu laporan polis .


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penganjur Himpunan Tanah Rakyat akan dikena tindakan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-08. Dicapai pada 2012-05-05.