Hiro Mashima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hiro Mashima (Jepun: 真島ヒロ, Hepburn: Mashima Hiro) (dilahirkan pada 3 Mei, 1977 di Nagano, Jepun) ialah seorang mangaka. Beliau terkenal dengan siri RAVE, diadaptasi kepada bentuk anime. Siri terbaru yang masih disiarkan ialah Fairy Tail, manga mengenai magik, disiarkan di Majalah Shonen Mingguan Kodansha sejak Ogos 2006.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Di Sebalik Tabir[sunting | sunting sumber]

Selepas pembikinan manganya terdahulu, Rave Master, Hiro Mashima menemui jalan ceritanya agak sentimental dan menyedihkan, lalu jalan cerita Fairy Tail diwujudkan untuk memberi "kegembiraan [kepada semua orang]". Mashima merujuk kepada magik dan ahli sihir untuk jalan cerita ini. Dia juga merujuk kepada kawannya yang mabuk kenderaan ketika dia bersama-sama naik teksi untuk perwatakan Natsu.[1] Selepas menyiapkan jalan cerita peribadi Natsu, Mashima memikirkan bahawa nama yang agak kebaratan sangat tidak sesuai bagi pembaca Jepun. Apabila melukis jalan cerita utama Fairy Tail, Mashima mengambil masa selama lima hari untuk setiap satu episod:

Hari Aktiviti
Isnin Lakaran susunan panel manga telah disiapkan
Selasa Lakaran kasar dibuat
Rabu
Khamis
Jumaat
Menyiapkan lakaran penuh

Mashima biasanya akan terus menyambung melukis episod seterusnya selepas siap satu episod.[2] Bagi latar belakang setiap watak dalam siri ini, Mashima hanya merujuk kepada orang di sekelilingnya sahaja. Bagi menonjolkan perhubungan antara anak dan bapa untuk watak Natsu dan Igneel, dia merujuk kepada hubungannya sendiri dengan bapanya yang sudah meninggal dunia. Idea kelakar diilhamkan oleh pembantu manganya ketika berjenaka. Ringkasnya, semua idea dalam manganya berdasarkan pengalaman kehidupannya.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aoki, Deb. "Interview: Hiro Mashima". About.com. The New York Times Company. m/s. 1. Dicapai pada April 26, 2012.
  2. ^ Aoki, Deb. "Interview: Hiro Mashima". About.com. The New York Times Company. m/s. 2. Dicapai pada April 26, 2012.
  3. ^ Cha, Kai-ming (3 Ogos 2008). "Everyday Hiro: Fairy Tail's Mashima at Comic-Con". Dicapai pada 2012-04-26.