Hiroshi Agasa
Hiroshi Agasa | |
---|---|
Watak Detektif Conan | |
![]() | |
Kemunculan pertama |
Anime - Episod 1 Manga - Volume 1 ~ File 2 |
Dicipta oleh |
Gosho Aoyama |
Disuarakan oleh |
Tayama Ryosei |
Profil | |
Nama panggilan | Profesor (Haibara) Profesor Agasa (Conan) , (Pasukan Detektif Muda) |
Jantina | Lelaki |
Hiroshi Agasa (阿笠 博士 Agasa Hiroshi), paling biasa dipanggil sebagai Profesor Agasa (阿笠博士 Agasa-hakase), ialah watak dalam manga dan anime siri Detektif Conan. Agasa adalah jiran sebelah Shinichi Kudo dan rakan keluarga. Orang pertama yang mengetahui Shinichi ialah Conan Edogawa, beliau telah mencipta semua alat khas Conan serta Pasukan Detektif Muda.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Hiroshi Agasa merupakan saintis yang cuai dan jiran Shinichi, yang tinggal di sebuah rumah besar yang betul-betul bersebelahan dengan kediaman Kudo. Dia sering membuat beberapa uji kaji ciptaanny, kebanyakannya permainan video. Beliau telah menjadi rakan Shinichi dan Ran sejak zaman kanak-kanak mereka.
Selepas Shinichi telah menyecil oleh ubat APTX 4869, orang yang pertama Shinichi yang dicari iaitu Profesor Agasa. Setelah yakin bahawa budak kecil adalah Shinichi, Agasa menasihati Shinichi supaya berhati-hati dengan Organisasi Hitam itu. Beliau juga membantu Shinichi dalam identiti baru beliau sebagai Conan Edogawa, termasuk mencipta beberapa alat yang membantu Shinichi dalam menjalankan kerja detektif secara tersembunyi, dan untuk menyempurnakan identiti Conan itu, beliau juga menghantarkan dia ke Sekolah Rendah Teitan. Apabila Shiho Miyano melarikan diri cengkaman Pertubuhan Hitam, dia melarikan diri ke rumah Shinichi itu tetapi jatuh dari keletihan depan rumah Shinichi. Agasa kemudian membawanya ke rumahnya, dan memberi namanya Ai Haibara sebagai identiti barunya. Beliau juga diberi kepercayaan ibu bapa Shinichi supaya rahsia tentang apa yang telah berlaku kepada anak mereka.
Sejak kebelakangan ini, Agasa telah menjadi seorang kawan yang tidak ternilai untuk Shinichi dan Detektif Muda sebagai orang yang dipercayai, dan seseorang untuk meluangkan masa dengan mereka. Beliau sering meluangkan masa untuk mereka melancong dan perkhemahan, sesetengahnya telah bertukar menjadi kes pembunuhan.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.