Histeria (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini adalah mengenai filem Histeria. Untuk gangguan perasaan fizikal, sila lihat histeria.
Histeria
Poster Histeria.jpg
Poster filem Histeria
PengarahJames Lee
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
PenulisJames Lee
Dibintangi olehLiyana Jasmay
Scha Al-Yahya
Yana Samsudin
Noris Ali
Ayu
Ainul Aishah
Naftalya
Reanna
Ady Putra
Muzik olehNurzaidi
SinematografiHelmi Yusof
Syarikat
penerbitan
Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
PengedarTayangan Unggul Sdn Bhd
Negara Malaysia
BahasaMelayu
Rujukan Sinema Malaysia

Histeria merupakan sebuah filem bergenre seram dan ngeri. Filem arahan pembikin filem indie, James Lee ini ditayangkan pada 18 Disember 2008 oleh Tayangan Unggul. Filem ini diterajui oleh Liyana Jasmay, Scha, dan lain-lain serta turut dibantu oleh Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, dan M. Rajoli. Filem ini mengetengahkan gejala histeria dan jembalang busut.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Scha Al-Yahya melakonkan watak Alissa di dalam filem ini.

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran telah dilakukan pada bulan Ogos 2007. Lokasi penggambaran ialah di SMK Tinggi Kajang di Kajang, Selangor.[1] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 1.4 juta.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]