Hisyam Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hisyam Hamid
Kelahiran (1985-10-20) 20 Oktober 1985 (umur 35)
Hospital Kandang Kerbau, Singapura
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2003−kini
Ketinggian5 ft 11 in (1.8 m)
PasanganRosmawati Hanafi (k. 2006)
Anak2

Hisyam Hamid (lahir 20 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon dan model Singapura. Beliau berhijrah ke Malaysia dan mula dikenali selepas berlakon dalam beberapa drama televisyen seperti Memori Cinta Suraya, Sayap Jibrail, Ariana Rose dan Gerak Khas.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1985 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Beliau berkahwin dengan Rosmawati Hanafi dan dikurniakan 3 cahaya mata.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hisyam terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai ahli bomba di negara kelahirannya. Beliau berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonannya, yang mana beliau membintangi peranan kecil dalam siri drama Cut Amirah.

Hisyam meraih kejayaan kritis menerusi drama Slot Akasia TV3 Ariana Rose yang dibintangi oleh Fathia Latiff dan Keith Foo, yang diadaptasi dari novel karya Evelyn Rose, The Wedding Breaker. Hisyam memegang watak sebagai Harith, rakan niaga dan kepentingan cinta Ariana Rose.

Bermula 12 September 2016, beliau menjayakan watak anggota bomba bernama Rayqal dalam siri drama komedi romantik, Abang Bomba I Love You yang menggandingkan beliau bersama Amira Othman.[2]

Hisyam membintangi drama Dia Bidadariku arahan Aziz M. Osman terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Ammar. Drama ini turut menggandngkan beliau bersama Erra Fazira. Selepas Dia Bidadariku, Hisyam menyertai barisan pelakon drama kepolisan Gerak Khas termasuk Norman Hakim, Erra Fazira, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar dan Raja Ilya. Beliau memegang watak sebagai Inspektor Aiman, pegawai polis baru yang diserapkan ke unit Gerak Khas.[3]

Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali; memegang watak sebagai Zulkifli.[4] Hisyam menjadi pelakon utama bersama Hannah Delisha menerusi drama Alamatnya Cinta.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 Transformers: Age of Extinction[6][7][8] Optimus Oh Sting Aku Michael Bay Alih suara BM
Jurassic World Owen Grady Colin Trevorrow
2017 The Secret Life of Pets Max Chris Renaud
Kau Yang Satu Zulkifli Osman Ali Filem pertama
2019 Dendam Pontianak Reza Glen Goei,
Gavin Yap
Hero: Jangan Bikin Panas Zafri Azizi "Chunk" Adnan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Anak Metropolitan (Musim 2) Sam Mediacorp Suria
2011 Sahabat Rian
Cut Amirah Fauzi Astro Prima
2013 Di Luar Garisan Adil MediaCorp Suria
2014 Ariana Rose Harith TV3
Di Luar Garisan (Musim 2) Adil MediaCorp Suria
Cinta Ibadah Rayyan / Hafiz Astro Prima
Tuan Rumah Pembantu Rumah Taufeeq Badree TV3
2015 Memori Cinta Suraya Megat Rayyan Astro Prima
2016 Isteri vs Tunang Zaim Azfar Astro Ria
Bunga Tanjong Kamal MediaCorp Suria
Imam Mudaku Romantik Muhammad Faqih Astro Oasis
Strawberi & Karipap (Musim 3) Fareez Astro Ceria
Abang Bomba I Love You Rayqal Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 15) Afiq Astro Oasis Episod: "Ajaran Sesat"
2017 Mukhlis (Musim 2) Budin TV2
Sayang Papa Saya Tak Farish Astro Ria
Dia Bidadariku Ammar
2018 Gerak Khas (Musim 18) Inspektor Aiman TV2
Dosa: Sacred Sin Fahad Astro First Eksklusif
Rahsia Hati Perempuan Zayn Astro Ria
Alamatnya Cinta Faliq Assad
Gunting The Series Hisyam MediaCorp Suria
Terasa Jiwa Terima ASP Emy
2019 Iktibar Azrul TV3 Episod: "Buli Jadikan Aku Pembunuh"
TQ Captain Leftenan Komander Adam Alauddin Astro Ria
2020 Dendam Cinta Arissa Rafael

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Hatiku Di Krabi Alfi TV9
2015 Demi Ariana Syafik Mediacorp Suria
Kelap Kelip Solihin TV2
Nawaitu Cinta Ustaz Kamil Astro Oasis
2017 Cupid Malik Astro Citra
M4TI Rahim
Kuntom Faris
Mak Punya Pasal Raykal TVi
Abang Bomba I Love You Raya Rayqal Astro Ria
Gunting Hisyam Mediacorp Suria
2018 Jodoh Hak Milik Allah Afiq Astro First Eksklusif
2019 #Gostan Pomi Astro First Eksklusif
Geng Alex
Malam Tahlil Suhaila Balik Qayyum Astro Citra
2020 Ghairah Dani

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Gen F Pengacara Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Malam Throwbaek Drama 2017 Hero Throwbaek (Abang Bomba I Love You) Top 5
Fan Club Throwbaek (Hisyamelters FC) Menang
Anugerah Stail EH! 2017 Selebriti Lelaki Paling Seksi Top 5
Anugerah Telenovela 2017 Pelakon lelaki Terbaik 10 Teratas Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Emma Maembong) Tercalon
2019 Pesta Perdana 2019 Pesta Perdana Singapura ke-16 Personaliti Lelaki Paling Popular Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Pasangan Popular
(Hannah Delisha)
Menunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hisyam Hamid dijangkiti Rubella Berita Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2016.
  2. ^ Zaidi Mohamad (30 Julai 2016). Hisyam Hamid kembali jadi anggota Bomba Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  3. ^ Impian jadi kenyataan, Hisyam Hamid teruja digandingkan bersama Erra Fazira Astro Gempak. Dicapai pada 20 Mac 2018.
  4. ^ Adam Salleh (2 Ogos 2017). "Pelakon hebat penentu Kau Yang Satu". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2018. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  5. ^ Alamatnya Cinta, adaptasi drama Korea Kosmo! (2 September 2018). Dicapai pada 3 September 2018.
  6. ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  7. ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015.
  8. ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. Julai 16, 2015. Dicapai pada Julai 16, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]