Hitomi no Catoblepas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hitomi no Catoblepas
GenreAksi, kuasa ghaib
Manga
PengarangYasuki Tanaka
DemografikShōnen
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Tarikh PengeluaranMeiNovember 2007
Jilid15
Portal Anime dan Manga

Hitomi no Catoblepas adalah siri manga yang diterbitkan oleh Yasuki Tanaka. Manga ini dimulakan pada 21 Mei 2007 dan berakhir pada 21 Mei 2007 selepas 15 bab dihasilkan. Cerita ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang bernama Shimura Tokio yang berasal dari keturunan keluarga terkenal di dalam membanteras yoma. Dia mempunyai kebolehan untuk memberhentikan masa dengan menggunakan kuasa yoma di mata krinya iaitu Catoblepas. Suatu hari, Tokio terserempak dengan seorang gadis iaitu Kishida Miko yang menjadi sasaran yoma. Dengan matanya, Tokio telah berhadapan dengan yoma dan berjaya menghalang gadis itu daripada menjadi mangsa beberapa kejadian misteri di bandar K selepas itu. Miko tidak tahu bahawa Shimura Tokio adalah jiran di bersebelahan rumahnya.

Bab terakhir 45 muka surat akan dipaparkan di dalam jilid kedua dan tarikh pengumuman telah ditetapkan pada 2 November 2007.

Watak[sunting | sunting sumber]

Shimura Tokio[sunting | sunting sumber]

Tokio adalah ketua ke 21 keluarga Shimura iaitu keluarga yang melindungi bandar K dari serangan Yoma. Dia boleh menewaskan sebarang Yoma dengan menggunakan Catoblepas yang dipenjarakan di dalam matanya. Catoblepas membenarkan Tokio untuk membekukan masa sebarang objek yang dilihatnya; membekukan objek yang menjadikannya sukar dimusnahkan dan Tokio menggunakannya sebagai senjata. Ia juga mempunyai kuasa untuk menamatkan masa kehidupan orang itu. Apabila dia membebaskan kuasanya ini, sesiapa yang melihat ke dalam mata Tokio ini pasti akan mati. Kuasa ini diperoleh melalui racun yang terkandung di dalam tubuh Tokio dan dikenali sebagai racun yang terkuat serta menjadikan Tokio kebal terhadap sebarang racun. Catoblepas boleh keluar dari mata Tokio untuk membantunya di dalam pertempuran dan menjadikannya darah keluar dari matanya apabila ada Yoma yang berhampiran dengannya. Dia suka bersendirian, menonton anime dan jarang melihat orang secara terus. Dia hanya keluar apabila hendak berhadapan dengan Yoma. Tokio boleh bergabung dengan Catoblepas yang boleh menyebabkan tubuhnya bertukar warna dan separuh dari rambutnya bertukar menjadi putih. Sekiranya ia dilakukan, ianya berbahaya kerana Catoblepas boleh mengawal tubuhnya. Dia berhasrat untuk membunuh abangnya, Tokihito.

Kishida Miko[sunting | sunting sumber]

Miko adalah pelajar perempuan sebuah sekolah menengah. Dia terlibat di dalam pemburuan raksasa yang dilabelkan sebagai gangguan. Dia telah diselamatkan oleh Shimura Tokio daripada raksasa yoma yang mengambil alih keretapi itu. Kali pertama dia bertemu dengan Tokio adalah di stesen kereta api itu dan menyangka dia adalah jenis yang mata keranhang dan terkejut apabila mendapati Tokio adalah jiran di sebelah rumahnya. Ibu bapanya telah membuka sebuah kedai buah yang bernama "Kishida Fruit". Miko mudah takut dan telah dua kali dijadikan sasaran oleh Yoma. Dia beberapa kali mendesak Tokio agar melihat matanya. Dia bercakap di dalam dialek Kasai.

Hakutaku[sunting | sunting sumber]

Hakutaku adalah pembantu keluarga Shimura yang paling tua. Rupanya adalah seperti wajah lembu dengan topeng (di atasnya tertulis perkataan "hakutaku") di mukanya. Beliau sungguh berkuasa sehingga dapat menghalang mantera purba dengan mudah. Hakutaku dilihat seperti orang yang berpengetahuan. Dia dilihat jarang keluar, tetapi kenal dengan jirannya. Biasanya Hakutaku berjalan dengan perlahan, tetapi di dalam keadaan tergesa-gesa dia boleh terapung di udara. Ia didedahkan bahawa Hakutaku berada bawah kawalan Yoma yang snagat kuat dan juga adalah kekkai di Kediaman Shimura. Dia mempunyai lesen memandu yang berwarna emas.

Hosomi Kazuto[sunting | sunting sumber]

Hosomi Kazuto adalah ketua kediaman Hosomi (Suzaku) yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Tokio. Dia mempunyai Yoma yang berbentuk burung berapi yang diletakkan di dalam rambutnya. Yoma ini membolehkan beliau terbang dan melancarkan serangan berapi dan mengatakan bahawa tiada apa serangannya yang boleh terselamat. Kazuto ingat Miko adalah penyibuk kerana dia sentiasa cuba untuk melihat mata Tokio. Dia lebih suka, mudah hilang kesabaran dan mengajar orang selama sejam apabila melihat orang itu melakukan sesuatu yang dia tidak suka.

Kuromachi Michiru[sunting | sunting sumber]

Kuromachi Michiru adalah ketua kediaman Kuramochi (Seiryuu), dan juga mempunyai talian persaudaraan dengan Tokio. Dia mempunyai Yoma Shakaraou yang muncul bergantung kepada kekuatan dan kuasa tuannya (mulanya muncul sebagai naga kemudiannya sebagai penjelmaan pokemon-ish) dan mengawal air dan menyembuhkan seseorang. Kuasa Shakarou adalah mengawal air dan menggunakannya untuk menyembuhkan luka dan membuang jampi kurungan. Michiru mudah panik dan mempunyai semangat yang lemah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]