Universiti Hofstra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hofstra University)

Koordinat: 40°42′52.58″N 73°36′1.65″W / 40.7146056°N 73.6004583°W / 40.7146056; -73.6004583

Hofstra University
Nama lama
"Kolej Hofstra" & "Kolej Nassau-Memorial Hofstra NYU di Hempstead, LI"
MotoJe maintiendrai[1]
Perancis: "Saya berdiri teguh" atau "Saya akan mempertahankan"
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1935
Pembiayaan$400.2 juta[2]
PengarahMarilyn B. Monter
PresidenStuart Rabinowitz
ProvosHerman A. Berliner
Staf akademik
1,157
Pelajar11,032 (2014)[3]
Siswazah6,922
Ijazah/Sarjana4,110
Lokasi, ,
U.S.
KampusSuburban, 240 ekar (97 he)
WarnaBiru, Putih, dan Emas[4]
              
OlahragaNCAA Division ICAA
Nama samaranThe Pride (dahulunya Flying Dutchmen[5])
Laman sesawangwww.hofstra.edu

Universiti Hofstra atau Hofstra University ialah institusi pengajian tinggi swasta tanpa berkeuntungan[6] dan bukan sektarian. Kampus utamanya terletak di Desa Hempstead, New York, Amerika Syarikat, kira-kira 7 batu (11 km) timur Bandar Raya New York. Ia berasal pada tahun 1935 sebagai lanjutan daripada Universiti New York (NYU) dipanggil "Kolej Nassau – Memorial Hofstra Universiti New York di Hempstead, Long Island";[7] in 1937, the institution separated from NYU and gained independence as Hofstra College,[8] dan pada 1963, Kolej Hofstra mendapat status universiti. Terdiri daripada sepuluh buah sekolah, termasuk Sekolah Perubatan dan Sekolah Undang-undang, Hofstra terkenal dengan siri persidangan Presiden terkemuka, dan juga dipilih untuk menjadi tuan rumah Perbahasan Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008 dan 2012.

Kampus[sunting | sunting sumber]

Arboretum dan Tempat Perlindungan Burung di Universiti Hofstra mempunyai koleksi pelbagai pokok-pokok, dan mencerminkan asal-usul Belanda yang memaparkan pelbagai bunga tulip yang jarang dan berwarna-warni pada musim bunga.[9]

Terdapat 1,157 ahli fakulti, 6922 mahasiswa, dengan jumlah 11,032 orang pelajar keseluruhan, termasuk semua pelajar sepenuh dan separuh masa dari kalangan mahasiswa, graduan, pelajar undang-undang dan perubatan.

Kampus ini mempunyai kira-kira 113 bangunan di atas tanah seluas 240 ekar (97 he). Bahagian kampus yang terletak di selatan Hempstead Turnpike (NY Route 24) dan barat California Avenue terletak di Desa Hempstead. Bahagian kampus di utara Hempstead Turnpike dan timur California Avenue terletak di Uniondale dan East Garden City. Hofstra juga menawarkan program MBA serta kelas-kelas lain dari kemudahan di Manhattan.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Gonfalons and Flag of Hofstra University - Office of the Provost - Hofstra University, New York". Dicapai pada 16 September 2015.
  2. ^ "2014 NACUBO-Commonfund Study of Endowment Results" (PDF). NACUBO. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-01-29. Dicapai pada 2015-02-01.
  3. ^ "Hofstra at a Glance". Hofstra University. Dicapai pada 30 August 2015.
  4. ^ http://www.hofstra.edu/pdf/home/news/ur/licensing/licensing-standards-guide.pdf
  5. ^ The Flying Dutchmen, GoDutchmen.com, Lebanon Valley College Athletics. Accessed 26 June 2011.
  6. ^ "Make a Gift Online - Hofstra University". Dicapai pada 16 September 2015.
  7. ^ "The Official Online Home of Hofstra University Pride Athletics". Dicapai pada 16 September 2015.
  8. ^ "Hofstra University – Capital Campaign – Dynamic Growth". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-23. Dicapai pada 2015-09-21.
  9. ^ Hofstra University Arboretum and Bird Sanctuary[pautan mati kekal]
  10. ^ "MBA in Manhattan - Zarb Business Graduate Programs - Hofstra University, New York". Dicapai pada 16 September 2015.
  11. ^ "Hofstra in NYC - January Session - Hofstra University, New York". Dicapai pada 16 September 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]