Hokage

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Hokage ialah ketua kampung bagi Konoha di dalam manga dan anime Naruto.Secara amnya, mereka adalah ninja terhebat di kampung mereka; walaupun kebiasaannya penerapan ideologi, sumbangan-sumbangan dan penglibatan mereka terhadap Konoha menjadi faktor yang menyumbang kepada pemilihan mereka sebagai Hokage.

Setakat ini sudah terdapat tujuh ninja yang telah dilantik sebagai Hokage di Konoha.

Setelah dilantik menjadi Hokage, mereka akan ditempatkan di sebuah bangunan bernama Pejabat Hokage; di mana di bahagian belakang bangunan tersebut terdapatnya sebuah Monumen Hokage iaitu bongkah gunung yang telah diukir dengan wajah-wajah Hokage. Pada permulaan siri ini, hanya terdapat empat wajah Hokage sahaja. Akan tetapi, sejak permulaan bahagian kedua ke semua wajah Hokage telah siap diukir pada permukaan gunung tersebut.