Holometabolisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi kumpulan taksonomi, lihat Holometabola.
Holometabolisme Hymenoptera

Holometabolisme, juga dipanggil metamorfisme lengkap, ialah suatu istilah yang digunakan terhadap kumpulan serangga untuk memerikan jenis khusus perkembangan serangga yang mengandungi empat tahap kehidupan - sebagai embrio atau telur, larva, pupa dan imago atau dewasa. Holometabolisme merupakan ciri monofiletik yang dimiliki semua serangga dalam superorder Endopterygota. Perkembangan sebegini memberikan kelebihan unik kepada anak kerana tidak perlu bersaing dengan dewasa disebabkan mereka mendiami nic ekologi berbeza akibat perbezaan morfologi dalam peringkat berbeza kitaran hidup mereka.

Peringkat[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat peringkat perkembangan, setiapnya memiliki morfologi berbeza:

  1. Embrio atau telur
  2. Larva
  3. Pupa
  4. Imago atau dewasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]