Pergi ke kandungan

Home Alone 4: Taking Back the House

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Home Alone 4: Taking Back the House
Fail:Home alone 4 tv print ad.jpg
GenreKrismas
Keluarga
Komedi
PengarahRod Daniel
PenerbitMitch Engel
Penulis
  • Debra Frank
  • Steve L. Hayers
Pelakon
MuzikTeddy Castellucci
SinematografiPeter Benison
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Saluran asalABC
Tarikh keluaran8 November 2002 (2002-11-08)
Tempoh masa84 minit[1]

Home Alone 4 (juga dikenali sebagai Home Alone: Taking Back the House) ialah sebuah filem komedi Amerika Syarikat tahun 2002 yang diarahkan oleh Rod Daniel. Filem yang dibuat untuk televisyen ini diterbitkan oleh Fox Television Studios dan pertama kali disiarkan di ABC pada 8 November 2002, sebagai episod pertama musim keempat puluh tujuh The Wonderful World of Disney, diikuti dengan tayangan DVD pada 2 September 2003. Sekuel kepada Home Alone 3 (1997) dan filem keempat dalam francais franchise Home Alone, filem ini dibintangi oleh French Stewart, Erick Avari, Barbara Babcock, Jason Beghe, Clare Carey, Joanna Going, Missi Pyle, dan Mike Weinberg sebagai Kevin McCallister. Ia mengisahkan Kevin menghabiskan hari Krismasnya bersama bapanya dan teman wanita barunya apabila musuhnya, Marv, dan isterinya, Vera, merancang untuk menculik seorang putera yang datang melawat dengan bantuan orang dalam yang paling tidak disyaki oleh Kevin. Filem ini merupakan yang pertama dalam francais Home Alone yang tidak ditayangkan di pawagam.

Filem ini ialah filem keempat dalam siri Home Alone. Filem ini membawakan semula beberapa watak utama dari dua film pertamanya termasuk Kevin McCallister, namun dengan semua watak yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang berbeza. Filem ini juga merupakan satu-satunya filem dalam siri ini yang difilemkan di luar Amerika Syarikat. Meskipun berlatar belakang di Chicago, filem ini sebenarnya menjalani penggambaran Afrika Selatan. Ia mengisahkan tentang Kevin McCallister (Mike Weinberg) yang berusaha untuk mempertahankan rumah seseorang yang kemudian menjadi ibu tirinya dari musuh-musuh lamanya Marv (French Stewart) dan isterinya Vera (Missi Pyle).

Kesinambungan

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac 2012, ABC Family mengumumkan bahawa Home Alone 5 dalam penerbitan, yang memulakan tayangan perdana di rangkaian tersebut pada musim Krismas 2012. Filem ini dibintangi oleh Christian Martyn sebagai watak utama yang berusia 10 tahun yang bernama Finn Baxter. Ia berkisarkan perpindahan keluarga tersebut dari California ke Maine. Ia juga dibintangi oleh Edward Asner, yang diterbitkan oleh Fox Television Studios, dan diarahkan oleh Peter Hewitt.[2]

  1. "Home Alone 4 (U)". British Board of Film Classification. 23 September 2003. Dicapai pada March 31, 2025.
  2. "New Home Alone Movie Coming to ABC Family". ABC Family. 15 Maret 2012

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]