Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Taman Sedia yang terletak di sebuah lembah di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang telah dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1970-an. Kampung ini ditubuhkan atas ilham Allahyarham Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau mengilhamkan sebuah kampung berbentuk seakan-akan Felda bagi penduduk Melayu di Tanah Tinggi Cameron yang rata-rata bekerja dalam sektor kerajaan memiliki rumah dan sedikit tanah bagi menjalankan kegiatan pertanian.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kawasan kampung ini merupakan kawasan lembah dan kaki bukit yang disaliri Sungai Bertam pada pinggirnya mula diterokai pada akhir tahun 1960-an oleh penduduk-penduduk Melayu yang menyertai skim pembangunan kampung tersebut. Mereka akan datang pada waktu petang yakni selepas berkerja bagi membersihkan pokok-pokok (renek) serta semak-samun. Apabila kawasannya telah siap maka telah dijalankan pengundian lot bagi memberi tapak tanah kepada peneroka. Rumah-rumah kampung tersebut telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Luar Bandar Negeri Pahang (PKNP). Penduduk mula berpindah dan menjalankan aktiviti pertanian dengan menanam sayur-sayuran hawa dingin seperti Kobis, Tomato,Kacang Buncis dan sebagainya. Kebanyakan penduduk di Kampung Taman Sedia berasal dari negeri Perak dan lain-lain negeri, hanya segerlintir sahaja yang benar-benar berasal dari Cameron Highlands

Lagenda Kampung Taman Sedia[sunting | sunting sumber]

Nama "Taman Sedia" diperolehi daripada keadaan asal tempat kampung tersebut sebelum diterokai. Menurut penduduk asal Camaron Highlands, kawasan tersebut penuh dengan bunga-bungaan liar yang cantik dan dipercayai merupakan tempat taman permainan puteri bunian. Maka, dengan kerana itulah kampung ini dinamakan Kampung Taman Sedia yakni "Taman yang telah tersedia ada".

Antara Peneroka Awal Kampung Taman Sedia[sunting | sunting sumber]

  • Allahyarham Encik Hamid
  • Almarhum Tuan Hj. Malik Fakir Mohemed Malik Juddah PPN., PJK., GSM.(MALAYA) British Empire
  • Allahyarham Tuan Haji Mazlan Taib, PJK.
  • Allahyarham Encik Jalalludin
  • Allahyarham Encik Odin
  • Tuan Haji Zainal Abidin PJK,.
  • ASP Ismail (Bekas Ketua Polis Daerah Cameron Highlands)
  • Tuan Haji Idris (Bekas Penghulu Cameron Highlands)
  • Encik Nazar Khan Bin Abdul Rahman
  • Encik Satar
  • Encik Aznun
  • Encik Bashir Ali * Encik Rafles Hashim
  • Allahyarham Tuan Haji Abd Aziz Bin Mat
  • Cikgu Alias Abd Rashid
  • Hj. Abdul Rahim Pfordten
  • Allahyarham Abdul Rahman Pfordten

Homestay[sunting | sunting sumber]

Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengiktiraf 20 buah rumah di kampung ini bagi menyediakan perkhidmatan "Homestay" kepada para pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands. Setiap rumah menyediakan bilik yang mempunyai kemudahan asas yang mencukupi serta selesa dengan situasi perkampungan Melayu tradisional. Menarik serta berbeza Homestay Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands daripada homestay lain ialah suasana nyaman dikelilingi bukit-bukau menyerupai perkampungan Inggeris di England.


Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 24 April 1998, yang dianggotai oleh wanita-wanita emas Kampung Taman Sedia. Kumpulan ini menlibatkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan seperti Homestay dan produk hiliran pertanian seperti Jem, Jus, Sos dan Jeruk buah. Kumpulan ini telah memenangi Anugerah Kumpulan Wanita Jaya pada tahun 2002 kerana prestasi jualan yang mencecah RM 3,769,863.00. Kumpulan ini kekal aktif sehingga hari ini.

Produk Kampung[sunting | sunting sumber]

Sayur-sayuran[sunting | sunting sumber]

  • Pudina
  • Kobis
  • Kawkiee
  • Sawi Bunga
  • Kacang Buncis
  • Tomato
  • Kobis Bunga
  • Lobak Merah
  • Lobak Putih

Buah-buahan[sunting | sunting sumber]

  • Strawberi
  • Tamarillo / Tree Tomato
  • Raspberry
  • Anggur
  • Peach

Produk Sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Makanan Sejuk Beku
  • Potpuri
  • Kraftangan

Terkini[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012 Taman Sedia di gemparkan dengan isu penebangan hutan secara haram. Kawasan penebangan hutan ini berdekatan hutan Sungai Pauh yang juga terdapat berhampirannya juga Pejabat Hutan Cameron Highlands. Aktiviti penebangan hutan secara haram oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini telah mendapat liputan meluas oleh suratkhabar The Star. 
Aktiviti penebangan haram ini bagaimanapun di hentikan serta-merta setelah mendapat tekanan pihak yang perihatin dan campurtangan pihak Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands.