Honda Civic (generasi ketujuh)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Generasi ketujuh
(EU/ES/EP/EM)
2001-2003 Honda Civic sedan (AS)
Maklumat
PengilangHonda
Pengeluaran2000–2005
Tahun model2001–2005
PemasanganSwindon, England
Suzuka, Jepun
East Liberty, Ohio
Alliston, Ontario, Kanada
Lahore, Pakistan
Hsinchu, Taiwan (End 2002)
Ayutthaya, Thailand
Alor Gajah, Malaysia
Sumaré, Brasil
PendahuluHonda Civic (generasi keenam)
PenggantiHonda Civic (generasi kelapan)
KelasKereta padat
Stail badanCoupe 2 pintu (EM)
Hatchback 3 pintu (EP)
Sedan 4 pintu (ES)
Hatchback 5 pintu (EU)
Reka letakFF
Enjin1.5 L D15Z6 I4
1.5 L D15Y2 I4
1.6 L D16W7 I4
1.7 L D17A1 I4
1.7 L D17A6 I4
1.7 L D17A2 I4
2.0 L K20A3 I4
2.0 L K20A I4
PenghantaranAutomatik 4 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Manual 6 kelajuan
Jarak roda103.1 in (2,619 mm) (sedan/coupe)
101.6 in (2,581 mm) (hatchback 3 pintu)
Panjang174.7 in (4,437 mm) (2001-03 coupe)
174.6 in (4,435 mm) (2001-03 sedan)
168.4 in (4,277 mm) (hatchback 3 pintu)
175.4 in (4,455 mm) (2004-05 sedan/coupe)
Lebar67.7 in (1,720 mm)
Tinggi55.1 in (coupe)
56.7 in (1,440 mm) (sedan)
58.7 in (1,491 mm) (hatchback 3 pintu)
Berat Curb2,744 lb (1,245 kg) (hatchback 2 pintu)
2,405 lb (1,091 kg) (coupe 2 pintu)
2,421 lb (1,098 kg) (sedan 4 pintu)
Muatan13.2 US gal (50 L; 11 imp gal)
BerkaitHonda Element
Acura RSX
Honda Integra
Acura EL
Honda CR-V
Honda Stream
Rencana utama: Honda Civic

Generasi ketujuh Honda Civic dilancarkan pada September 2000 sebagai model 2001. Berbanding dengan pendahulunya, ia mengekalkan dimensi luaran yang sama, tetapi ruangan dalamannya bertambah secara nyata, melonjakkan Civic ke segmen kereta padat. Terdapat lantai belakang rata untuk keselesaan penumpang belakang. Ia merupakan Civic pertama yang tidak menggunakan sistem gantungan jenis double wishbone, yang sudah lama digunakan antara generasi keempat hingga keenam serta popular di kalangan pelumba haram; sebaliknya, ia digantikan dengan topang MacPherson yang lebih mudah serta jimat ruang.

Bagi pasaran Malaysia, pilihan utama enjin ialah enjin 1.7L yang menghasilkan 115 hp (86 kW), manakala pilihan enjin 2.0L i-VTEC baharu yang menghasilkan 155 hp (116 kW) turut ditawarkan. Pada tahun 2004, Civic diberikan lampu hadapan yang diperbaharui bersama-sama bampar dan gril baharu.

2004-2005 Honda Civic LX coupe (AS)
2002 Honda Civic hatchback (UK)
2002–2003 Honda Civic Vi hatchback 5 pintu (Australia)

Versi hibrid mula dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2003. Ia menggunakan enjin petrol 1.3 L I4 yang digandingkan dengan motor elektrik, menghasilkan keluaran kuasa gabungan 93 hp. Motor elektrik tersebut mendapat bekalan elektrik daripada bateri yang dicas melalui pembrekan jana semula semasa nyahpecutan, sekaligus mengurangkan pelepasan asap serta meningkatkan kadar penjimatan bahan api kepada 46 bsg bandar raya / 51 bsg lebuh raya dengan transmisi manual menurut anggaran penggunaan bahan api EPA.[1]

2000–2002 Honda Civic GLi sedan (Australia)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]