Honda Civic Si

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Honda Civic Si
Honda Civic Si Coupe 2012 (FG4 (A.S.); pra-facelift)
Maklumat
PengilangHonda
Pengeluaran1984–kini
KelasKereta sport kompak
Reka letakFF
BerkaitHonda Civic

Honda Civic Si ialah sebuah trim sport kompak bagi model Honda Civic. Trim Si (Sport Injected atau Injeksi Sport) mula diperkenalkan untuk Honda Civic generasi ketiga di Jepun dan Amerika Utara. Di Kanada dan tempat lain pula, trim itu dikenali sebagai SiR untuk generasi keenam dan ketujuh, kerana lencana "Si" di sana digunakan untuk model Civic EX pasaran Amerika Syarikat (USDM).[1] [2]

Untuk pasaran Jepun dan Eropah, Civic Type R telah diadaptasikan sebagai varian berprestasi tinggi bagi model Civic, yang bermula dengan hathcback EK9 pada tahun 1996 bagi pasaran Jepun dan disusuli oleh hatchback EP3 pada tahun 2001 bagi pasaran Eropah. Pada tahun 2017, Honda Civic Type R buat kali pertamnya dijual di Amerika Utara. Sebelum ini trim Si adalah trim yang tertinggi di Amerika Utara (tidak termasuk kenderaan Acura). Walaupun Civic Type R mempunyai enjin yang lebih berkuasa, tambahan pula ia tersedia dalam konfigurasi yang lebih berorientasikan trek termasuk kurang pengedapan suara dan kemudahan, sebaliknya Civic Si pula lebih cenderung kepada trim sukan berciri lengkap yang menampilkan pilihan-pilihan mewah, seperti bumbung matahari dan sistem audio tujuh pembesar suara. [3]

1984–1987[sunting | sunting sumber]

Honda Civic Si 1986

Honda mula menggunakan lencana Si untuk Civic generasi ketiga pasaran domestik Jepun (JDM) pada November 1984. Civic Si Eropah dan Jepun menerima enjin DOHC 118hp (88kW), manakala Civic Si A.S. dan Kanada menerima enjin 12-injap SOHC yang mempunyai 91hp (68kw). Civic Si juga ditampilkan di New Zealand dan Australia pada tahun 1987, dengan spesifikasi yang serupa dengan Civic Si pasaran Amerika.


1988–1991[sunting | sunting sumber]

Honda Civic SiR (Jepun)

Pada mulanya, hatchback Civic Si tiada dalam barisan model Civic tahun 1988, hanya CRX Si ditawarkan pada tahun tersebut. Walau bagaimanapun, pada tahun 1989, Civic Si hatchback telah diperkenalkan semula ke pasaran A.S.

Di Jepun, sebuah trim baru yang dikenali sebagai SiR telah diperkenalkan. Ia datang bersama dengan sebuah enjin B16A 1.6L DOHC VTEC 16-injap 4 lejang yang menghasilkan 160 PS (118 kW; 158 hp) pada 7,600 rpm. Enjin Honda B-Series pertama inilah yang menandakan pengenalan sistem variable valve timing and electronic lift control technology (VTEC) Honda.

Di Eropah pula, trim Si dikenali sebagai "1.6i-VT" yang menggunakan enjin B16A1 yang mempunyai redline 8,200 rpm dan menghasilkan 150 PS (110 kW), walau bagaimanapun ia tetap menghasilkan tork sama seperti B16 pasaran Jepun iaitu 111 lbf⋅ft (150 N⋅m). SiR automatik di Jepun turut mempunyai enjin yang sama.

1992–1995[sunting | sunting sumber]

Model Civic Si 1992-1995 menampilkan brek cakera, bumbung bulan automatik boleh condong, pengawal luncur, jam papan pemuka, takometer 9,000 rpm dengan garis merah 7,200 rpm, penutup roda plastik bagi rim 14 inci, cermin sisi berkuasa (berwarnakan badan, bermula pada tahun 1993), pemegang pintu berwarnakan badan dan sebuah enjin VTEC D16Z6 1.6L SOHC yang menghasilkan 125hp (93kW) bersama transmisi manual 5-kelajuan. Ia membolehkan kereta itu mencapai 0–60 mph (0–97 km/j) dalam 7.5 saat dan masa suku batu sebanyak 16.3 saat pada 86 mph (138 km/j) .[4] Pada tahun 1994, pembesar suara belakang dan pilihan brek anti-kunci (ABS) turut ditambah.

1996–2000[sunting | sunting sumber]

Honda Civic Si 1999

Honda Civic Si tidak dijual di A.S. bagi model tahun 1996-1998. Ia memasuki pasaran semula bagi model tahun 1999 dan 2000. Selepas rehat singkat ini, Civic Si muncul semula bagi model tahun 1999, dengan reka bentuk badan coupé sahaja. Dengan pengadaptasian lencana VTi di Eropah dan lencana SiR dan Type R di Asia untuk varian Civic berkuasa tinggi, lencana Si menjadi sebuah lencana khusus bagi pasaran A.S., trend pemasaran yang dapat dilihat pada generasi-generasi Civic berikutnya. Generasi sport Civic ini (dan seterusnya) telah dijual sebagai Civic SiR di Kanada, memandangkan lencana "Civic Si" di pasaran itu digunakan untuk Civic EX pasaran A.S. (USDM).

2001–2005[sunting | sunting sumber]

Civic Si EP3 dari A.S. dan Civic SiR EP3 dari Kanada dipasarkan sebagai versi Amerika Utara bagi Honda Civic Type R EP3 Eropah, yang dikeluarkan di Swindon, England. Tidak seperti Civic Si yang lain, Si generasi ketujuh tidak berkongsi gaya badan dengan Civic USDM yang hanya ditawarkan dalam gaya badan sedan dan coupe. Bagi generasi ketujuh, lencana "Civic Si" telah digunakan pada versi Civic EX di Kanada.

Honda Civic Si 02-03(A.S.)



2006–2011[sunting | sunting sumber]

Honda Civic Si sedan generasi kelapan

Civic Si generasi kelapan terus menjadi Civic paling berprestasi tinggi yang ditawarkan di Amerika Utara. Model A.S. mempunyai enjin K20Z3 (197hp; 147 kW) yang merupakan variasi enjin K20, transmisi manual 6-kelajuan, tempat duduk sukan dan penggayaan yang berbeza. Civic Si coupe muncul beberapa bulan selepas pelancaran awal model 2006, dan disusuli dengan Civic Si Sedan bagi model tahun 2007. Selain dibina di kilang Honda Alliston, Ontario, kereta itu juga dihasilkan di Sumaré, São Paulo, Brazil oleh Honda Brazil bermula Januari 2008.


2012–2015[sunting | sunting sumber]

Si generasi kesembilan (FB6/FG4)
Honda Civic Si Sedan 2012 (FB6; pra-facelift, US)
Maklumat
Pengeluaran2011–2015
PemasanganAlliston, Ontario, Canada (HCM)
Gaya badan
Enjin2.4 L K24Z7 I4 201 hp (150 kW) (2012-13) 205 hp (153 kW) (2014-15)
PenghantaranManual 6-kelajuan dengan Helical Limited-Slip Differential
Jarak roda103.1 in (2,620 mm)
Panjang
  • Coupe: 176.1 in (4,470 mm)
  • Sedan: 177.3 in (4,500 mm)
Lebar69.0 in (1,750 mm)
Tinggi
  • Coupe: 55.0 in (1,400 mm)
  • Sedan: 56.5 in (1,440 mm)
Berat Curb
  • 2,877 lb (1,305 kg) (2012 Coupe)
  • 2,895 lb (1,313 kg) (2012 Sedan)

Honda Civic Si Coupe 2012 (FG4; pra-facelift, A.S.)
Honda Civic Si Sedan 2015 (FB6; facelift, A.S.)
Honda Civic Si Coupe 2015 (FG4; facelift, A.S.)

Civic Si generasi kesembilan adalah generasi pertama yang menggunakan enjin yang berbeza dengan model Honda Civic yang lain. Civic Si generasi kesembilan mempunyai kedua-dua gaya badan coupe dan sedan. Honda telah menggunakan enjin 2.4L K-Series (K24Z7) yang menghasilkan 201 hp (150 kW) dan 170 lb·ft (230 N·m) tork. Honda menala semula sistem ekzos pada awal 2014, meningkatkan output kepada 205 hp (153 kW) dan 174 lb·ft (236 N·m) tork.[5] K24Z7 berbeza daripada K24Z6 yang terdapat dalam Honda CR-V model 2012-14; enjin CR-V mempunyai mampatan yang lebih rendah dan reka bentuk VTEC berorientasikan kecekapan yang berbeza.

Garis merah K24Z7 ialah 7,000 rpm dengan pemotongan minyak pada 7,200 rpm. Transmisi manual 6-kelajuan dengan LSD heliks (Limited Slip Differential) masih ditawarkan sebagai satu-satunya pilihan transmisi yang tersedia untuk Civic Si.[6] Spoiler belakang mempunyai sedikit perbezaan berbanding generasi kelapan, dan bahagian dalaman kereta menerima sedikit pengemaskinian dengan penambahan penunjuk had RPM dan meter kuasa dipaparkan dalam i-MID baharu (ntelligent Multi-Information Display atau Paparan Pelbagai Maklumat Pintar). Bar bergoyang telah ditukar kepada 18 mm (0.71 in) hadapan, 15 mm (0.59 in) belakang, daripada 28 mm (1.1 in) hadapan, 17 mm (0.67 in) belakang yang terdapat generasi kelapan. Casis lebih keras, dan berat kerb lebih ringan berbanding generasi kelapan.

Di Pameran SEMA 2011 di Las Vegas, terdapat pengumuman pengeluaran terhad Civic Si Coupe versi HFP (Honda Factory Performance). Bahagian prestasi yang dipasang oleh pengedar yang termasuk:

  • Suspensi yang Direndahkan
  • 18 in (460 mm) Roda Aloi Potongan Berlian HFP
  • Tayar Michelin Pilot Super Sport bersaiz 215/40-18
  • Kit badan penuh termasuk skirt depan, belakang dan sisi
  • Lencana HFP
  • Tikar Lantai Berjenama HFP

Di Kanada, pengeluaran terhad kepada 400 biji (200 Coupe Hitam, 200 Coupe Putih). Di A.S., pengeluaran dihadkan kepada 500 biji, yang disediakan dalam semua warna yang ditawarkan untuk Civic Si Coupe. Selepas model tahun 2015, Honda tidak mengeluarkan Civic Si untuk 2016, dengan alasan jualan yang lemah. [7]

2017–2020[sunting | sunting sumber]

Honda Civic Si
Honda Civic Si Sedan 2017 (FC1 (US); pra-facelift)
Maklumat
Pengeluaran2017-2021
Gaya badan
Enjin1.5 L 205 hp (153 kW) L15B7 I4 VTC turbo
PenghantaranManual 6-kelajuan dengan Helical Limited Slip Differential (LSD)
Jarak roda106.3 in (2,700 mm)
Panjang
  • Coupe: 177.3 in (4,500 mm)
  • Sedan: 182.8 in (4,640 mm)
Lebar
  • Coupe: 70.9 in (1,800 mm)
  • Sedan: 70.8 in (1,800 mm)
Tinggi
  • Coupe: 54.7 in (1,390 mm)
  • Sedan: 55.5 in (1,410 mm)
Berat Curb
  • Coupe: 2,889 lb (1,310 kg)
  • Sedan: 2,906 lb (1,318 kg)

Honda Civic Si 2017 (generasi kesepuluh) telah didedahkan di dalam sebuah siaran langsung YouTube pada 6 April 2017. Ia dikuasai oleh sebuah enjin 1.5L turbo empat lejang yang lebih berkuasa berbanding enjin yang digunakan dalam model Civic yang lain. Ia mula dijual pada Mei 2017 di Amerika Syarikat sebagai sebuah coupe atau sedan. Kedua-dua varian sedan dan coupe berasaskan Honda Civic Sport Touring generasi ke-10. Enjin turbo suntikan terus 1.5 liter menghasilkan 205 hp (153 kW) dan 192 lb·ft (260 N·m) tork. Puncak kuasa kuda dicapai pada 5700 rpm, manakala tork maksimum hujung rendah tersedia antara 2,100 dan 5,000 rpm. Suspensi telah diubah suai dan dikeraskan berbanding model Civic yang biasa.



2021–kini[sunting | sunting sumber]

Si generasi kesebelas
Maklumat
Pengeluaran2021–kini
Gaya badanSedan 4 pintu
Enjin1.5 L 200 hp (150 kW) L15CA I4 VTEC turbo
PenghantaranManual 6-kelajuan with Helical Limited-Slip Differential
Jarak roda107.7 in (2,740 mm)
Panjang184.0 in (4,670 mm)
Lebar70.9 in (1,800 mm)
Tinggi55.7 in (1,410 mm)

Civic Si generasi kesebelas telah diperkenalkan pada Oktober 2021 bagi model tahun 2022. [8] Ia hanya boleh didapati sebagai sedan dengan pemberhentian gaya badan coupe. Ia menggunakan enjin 1.5L empat lejang dengan pengecas turbo. Ia menghasilkan kuasa yang kurang sedikit akibat daripada jalur kuasa yang disemak semula (200 hp (150 kW) dan 192 lb·ft (260 N·m) tork). Puncak kuasa kuda dicapai pada 6000 rpm, manakala tork maksimum hujung rendah tersedia antara 1,800 dan 5,000 rpm. [9]

Transmisi manual mendapat mod padanan semula daripada model Type R, dan telah diubah suai. Perbezaan mekanikal termasuk aliran sistem ekzos yang lebih baik, peredam kadar tetap dan pemutar brek yang lebih besar.




Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Honda » Test Drive: 2004 Honda Civic Si Sedan". CanadianDriver. 30 April 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2010. Dicapai pada 2 February 2011.
  2. ^ "Honda Civic SiR". Canadianautoreview.com. 3 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2010. Dicapai pada 19 December 2010.
  3. ^ "First-ever US Honda Civic Type R finally arrives with 306 horsepower". 20 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2017.
  4. ^ "Honda Civic Si". Car & Driver. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2011. Dicapai pada 17 August 2008.
  5. ^ "2014 Civic Si Ups the Ante with More Power, Higher Tech and Sportier Coupe Styling". Honda. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2020. Dicapai pada 12 April 2015.
  6. ^ "Build Your Civic". American Honda Motor Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2017. Dicapai pada 1 May 2017.
  7. ^ Honda Canada Inc. "Honda HFP". honda.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2012. Dicapai pada 5 October 2012.
  8. ^ 2022 Honda Civic Si Says Yes to Affordable Performance - Derek Powell, Car and Driver, 19 October 2021
  9. ^ "2022 Honda Civic Si debuts - 1.5L VTEC Turbo with 200 hp, 260 Nm; six-speed manual with rev-matching - paultan.org".