Hongi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dua wanita Maori berhongi, foto bertarikh 1913.

Hongi (disebut [ˈhɔŋi terdekat ho.ngi]) adalah cara orang Māori[1] di New Zealand bersapa sesama mereka dengan menekan hidung bersama-sama termasuk juga menyentuh dahi[2] serta berjabat tangan.[3] Ia sering dilakukan dalam menyambut tetamu dalam upacara-upacara rasmi.[1][3]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Perlakuan hongi dipercayai sebagai bersatunya nafas (ha) [2][3] antara tuan rumah atau "orang benua" (tangata whenua) yang menyambut dan tetamu (manuhiri) yang disambut sehingga terjalinnya hubungan antara kedua-dua pihak.[3]

Tanggapan ini dipercayai datang semasa penciptaan manusia perempuan yang diceritakan dalam kepercayaanMāori: suatu sosok perempuan diukir dan dibentuk para dewa-dewi dari tanah. Tāne, dewa hutan, merangkul sosok itu dan menghembuskan nafasnya ke dalam lubang hidung sosok ini; sosok ini terbersin lalu menjadi bernyawa, perempuan ini diberi nama Hineahuone.[2][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b The Editors of Encyclopaedia Britannica. "Maori – Maori Culture In The 21st Century". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 November 2018.
  2. ^ a b c Salmons, Matthew (17 September 2017). "Hongi, our national greeting". Stuff.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 November 2018.
  3. ^ a b c d Māori ki Te Whare Wānanga o Ōtākou. "Pōwhiri" (dalam bahasa Inggeris). Dunedin: University of Otago. Dicapai pada 1 November 2018.
  4. ^ Derby, Mark (September 2013). "Ngā mahi tika - Welcome and hospitality: Origin of the hongi". Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 8 September 2017.