Honkai: Star Rail
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Apr 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
| Honkai: Star Rail | |
|---|---|
| Pembangun | MiHoYo |
| Penerbit | HoYoverse |
| Pengeluar | David Jiang[1] |
| Penggubah |
|
| Siri | Honkai |
| Enjin | Unity |
| Pelantar | |
| Dilancarkan pada | Windows, iOS, Android
|
| Genre | Permainan video berperanan |
| Mod | Pemain tunggal |
| Anugerah | |
| – The Game Awards – Best Mobile/Handheld Game (en) – iPhone Game of the Year (en) | |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang | honkaistarrail.com… |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Honkai: Star Rail (Cina ringkas: 崩坏: 星穹铁道; pinyin: Bēnghuài: Xīngqióng Tiědào; secara harfiahnya "Kemusnahan: Landasan Langit Bintang") ialah permainan video berperanan fantasi 3D percuma dibangunkan dan diterbitkan syarikat miHoYo di Shanghai dan HoYoverse-nya di Singapura. Permainan ini merupakan judul keempat dalam siri Honkai, menggunakan watak-watak baharu bersama rupa lain watak sedia ada daripada latar mainan Honkai Impact 3rd.
"Landasan Bintang" (Cina ringkas: 星铁道; pinyin: xīngtiědào) yang menjudulkan permainan ini menggambarkan kewujudan suatu kereta api antara najam yang muncul dalam latar permainan. Honkai (hōkai (崩壊?) hasil penjepunan ungkapan asal Cina ringkas: 崩坏; pinyin: bēnghuài "kemusnahan") dalam konteks latar tersebut pula adalah kuasa luar biasa utama yang mampu memusnahkan sebarang alam tamadun diharungi setiap kali mara.
Tatamain
[sunting | sunting sumber]Pemain mengawal satu hingga empat watak yang membentuk satu pasukan.[2][3] Unsur-unsur penerokaan dunia terbuka dan penjara bawah tanah diwujudkan dengan tumpuan diberikan terhadap pertempuran strategik berasaskan watak yang bertempur mengikut giliran sendiri.[2][4]
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Honkai: Star Rail telah dihebahkan secara rasmi pada 7 Oktober 2021 dalam saluran YouTube rasmi pasukan pembangunan permainan itu.[5] Ia diuji beta tertutup buat pertama kalinya dari 26 Oktober 2021 sehingga tamat pada 1 November 2021.[6][7] Ujian keduanya diadakan pada 25 Mei 2022 hingga 15 Jun.[8] Ujian beta tertutup terakhir telah diadakan pada 10 Februari 2023 tidak lama sebelum permainan dilancarkan.
Ia dilancarkan pada 26 April 2023 dalam pelantar-pelantar Windows, iOS dan Android,[9] sambungan untuk pelantar PlayStation 4 dan 5 dirancang bakal dilancarkan kelak.[4][10]
Pada 15 April 2023, pihak pembangun mengumumkan ia sudah mempunyai 10 juta pengguna berdaftar walaupun permainan itu belum dilancarkan.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 崩壊:スターレイル [@houkaistarrail] (March 24, 2023). "【プロデューサー対談 近日公開!】 『崩壊:スターレイル』プロデューサー David Jiang とあの名作 RPG のプロデューサーによる対談が実現! ゲーム開発の裏話と想いを開拓者の皆さまにシェアします!お楽しみに!" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b Diaz, Ana (March 24, 2023). "Genshin Impact developer's new game will be released in April". Polygon. Dicapai pada April 10, 2023.
- ^ "Honkai Star Rail". Honkai Star Rail. Dicapai pada 26 December 2021.
- ^ a b Izzat Aziz (25 Mac 2023). "Honkai: Star Rail Dilancarkan Pada 26 April – Versi PlayStation Turut Diumumkan". Aksiz. Amanz Network.
- ^ "Reveal Trailer - "Next Stop, the Stars!" | Honkai: Star Rail". Youtube. miHoYo. Dicapai pada 26 December 2021.
- ^ "The First Closed Beta Has Begun!". HoYoLab. miHoYo. Dicapai pada 26 December 2021.
- ^ "First Closed Beta Server End Notice". HoYoLab. miHoYo. Dicapai pada 26 December 2021.
- ^ @honkaistarrail (May 18, 2022). "Honkai: Star Rail Second Closed Beta Start Date — Mark Your Calendars!" (Twit). Dicapai pada May 20, 2022 – melalui Twitter.
- ^ Izzat Aziz (26 April 2023). "Honkai: Star Rail Dilancarkan Secara Rasmi Untuk PC, iOS Dan Android". Aksiz. Amanz Network.
- ^ Romano, Sal (March 24, 2023). "Honkai: Star Rail launches April 26 for PC, iOS, and Android, later for PS5 and PS4". Gematsu. Dicapai pada March 24, 2023.
Followed by PlayStation 5 and PlayStation 4 at a later date.
- ^ Blake, Vikki (15 April 2023). "Honkai Star Rail isn't out yet but already has 10 million users". GamesRadar. Dicapai pada 16 April 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rencana untuk dikembangkan dari Apr 2023
- Permainan video yang dibangunkan di China
- Permainan video yang dibangunkan di Singapura
- Permainan video cereka sains
- Permainan video berperanan
- Permainan PlayStation 5
- Permainan PlayStation 4
- Permainan Windows
- Permainan iOS
- Permainan video percuma untuk dimainkan
- Permainan Android
- Permainan video 2023
