Honshū

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pulau Honshu, Jepun

Pulau Honshu adalah pulau terbesar di negara Jepun. Ia terletak di selatan Pulau Hokkaido seberang Selat Tsugaru, di utara Pulau Shikoku seberang Lautan Pedalaman Seto, dan di timur laut Pulau Kyushu seberang Selat Kanmon. Ia juga adalah pulau ketujuh terbesar, dan kedua paling ramai penduduk di dunia selepas Pulau Jawa.

Pulau ini kira-kira 1,300 kilometer panjang, dan mempunyai kelebaran tertinggi sepanjang 230 kilometer. Keluasan pulau in ialah 230,500 kilometer persegi, kira-kira 60% jumlah keluasan seluruh negara Jepun.

Pada 1990, jumlah penduduk ialah 98,352,000, kebanyakannya berkonsentrasi di bahagian tanah lapangan. Antara bandar raya utama di sini adalah Tokyo, Yokohama, Kyoto, Osaka, Kobe, Hiroshima, dan Nagoya.