Hood Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hood Mohd Salleh (lahir 24 November 1942 di Seremban, Negeri Sembilan adalah pakar hal ehwal Orang Asli di Malaysia. Beliau merupakan penyandang pertama Kursi Pengajian Melayu di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand mulai 1996-2005.[1]

Beliau juga dilantik sebagai Ketua Program Khazanah dan Warisan Ketamadunan Bangsa.Selaku pengarah Muzium Warisan Akademik , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - cuba menjenamakan semula peranan serta perjuangan pahlawan Melayu seperti Mat Kilau.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Namanya berasal dari kisah Nabi dalam tradisi Islam Nabi Hud. Dalam tradisional Barat juga ada tokoh legenda membantu orang miskin, Robin Hood[3].

Beliau bersekolah di Anglo-Chinese School, Seremban dan King George V School, Seremban. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) di University of Western Australia (1970) ; Postgraduate Diploma dalam bidang Antropologi Sosial di Universiti Oxford (1971); Bachelor of Letters (1974) dan Ijazah Doktor Falsafah juga dari University Oxford (1978).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bertugas sebagai tutor di Jabatan Antropologi dan Soisologi (1970-1972) ; Pensyarah Antropologi Sosial (1973-1979); Profesor Bersekutu Antropologi Sosial (1980-1992); Profesor Antropologi Sosial (1993); Pengarah Bersekutu, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (1995-1997); Foundation Profesor Pengajian Melayu, Victoria University of Wellington, New Zealand dan Profesor/Fellow Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.


Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

Tumpuan penyelidikan beliau ialah antropologi dan sosiologi ; Continuities Between Malay Society and Other Indigenous Societies of the Malay Peninsular. Wider Ethnographic Issues on the Malay World; Indigenous People, in Relation to Land, Cultural Relation and Governance, Especially the Question of Modern Identity and Institution Building, With Special Reference to the Orang Asli of Malaysia and Bumiputra of Sarawak and Sabah; Mountains, Conservation and People.

Dari 1971-1973, beliau tinggal bersama orang Asli Semelai di Tasik Bera, Pahang bagi mengkaji tradisi lisan dan kebudayaan masyarakat pedalaman itu.

  1. Ethno-Historical Perspectives and Social Change Among the Orang Asli : A Brief Overview, Jurnal Antropologi dan Sosiologi (1975)
  2. The Cultural Context of Semelai Trance, Federation Museums Journal (1979)
  3. Orang Asli Perceptions of the Malay World dalam Ilmu Masyarakat (1983)
  4. Buletin Kumpulan Pengajian Orang Asli, No.1 (1985)
  5. Dokumentari Video Kanaq of Malaysia (untuk Radio Televisyen Malaysia) (1986)
  6. Culture and Science of Mountains (2003)
  7. Dunia peribumi dan alam sekitar : langkah ke hadapan : Bangi : UKM, c2004.
  8. Ensiklopedia Malaysia: rakyat dan tradisi ;Singapore: Archipelago Press, c2006.
  9. Penan dan persekitaran mereka : Lestari Penerbitan, 2008

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima anugerah dari Ford Foundation Southeast Asia Fellowship; Japan Society For the Promotion of Science (JSPS); Hitachi Scholarship Foundation (Komai Fellowship); Japan Ministry of Education Fellowship (Mombusho); Sumitomo Foundation.

Prof. Dato' Dr. Hood juga menjadi penyelia tesis lebih daripada 10 orang penuntut Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di UKM. Penuntut antarabangsa juga menerima seliaan dan bimbingan beliau. Antaranya dari Scotland, Jepun, Australia dan Jordan.

Beliau menjadi perunding/ konsultan kepada Socio-Economic Study of Perak Hilir, Perak untuk EASAMS, England (1974); A socioeconomic study of the Empangan Hulu Nenggiri, Kelantan untuk Lembaga Letrik Negara (TNB) (1985); Ketua Projek bagi Penempatan Semula Orang Asli Sungai Temir, Raub ke Lembah Sungai Bilut, Raub, Pahang. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kerusi Pengajian Melayu di New Zealand
  2. ^ Perjuangan pahlawan Melayu dijenama semula
  3. ^ In danger of dying out[pautan mati kekal]
  4. ^ "Prof. Dato' Dr. Hood Salleh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-12. Dicapai pada 2012-05-04.