Horand von Grafrath

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Horand von Grafrath
(dahulu Hektor Linksrhein)
Spesies Anjing
Baka Anjing gembala Jerman
Jantina Jantan

Horand von Grafrath (1 Januari 1895 - selepas 1899) (dahulu Hektor Linksrhein) merupakan anjing gembala Jerman pertama dan asas genetik untuk anjing gembala Jerman moden.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebuah persatuan bernama Persatuan Filaks dibentuk di Jerman pada 1891, dengan niat pemiawaian baka anjing. Persatuan ini bubar pada 1894, tetapi ramai anggotanya terus menunjukkan ideologi yang digalakkan oleh persatuan berkenaan. Salah seorang anggota ini merupakan Kapten Max von Stephanitz, yang kini dihargai dengan menjadi bapa (pengasas) anjing gembala Jerman.[1] Pada 1899, sementara menghadiri suatu pertunjukan, von Stephanitz ditunjukkan seekor anjing bernama Hektor Linksrhein. Von Stephanitz dikagumkan oleh kecerdasan, kekuatan dan kepatuhan Hektor sehingga beliau membeli anjing tersebut serta-merta sebanyak 200 mark emas Jerman[2] dan serta-merta membentuk Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman (Jerman: Verein für Deutsche Schäferhunde). Von Stephanitz mengagumi anjing ini kerana "fidelitinya terhadap tuan[nya]".[3] Von Stephanitz mengubah nama Hektor kepada Horand von Grafrath dan menyertakannya sebagai titik pusat bagi atur cara pembiakbakaan persatuan berkenaan. Anjing ini kemudian didaftarkan di bawah satu daftaran baka baharu, lalu menjadikan Horand con Grafrath sebagai anjing gembala Jerman pertama.[4][1][5]

Ramai pembiak baka pada masa itu mengidolakan Horand sebagai sebagai matlamat untuk memenuhi sifat anjing pekerja yang sepatutnya.[1]

Ada pernyataan bahawa Hektor Linksrhein berbahagian serigala: lihat kacukan anjing–serigala#Pembiakbakaan berdokumen.

Pembiakbakaan[sunting | sunting sumber]

Horand membapai banyak anak. Anaknya yang paling ternama merupakan Hektor von Schwaben, yang kemudian membiakkan Heinz von Starkenburg, Beowolf, dan Pilot. Ketiga-tiga bapa anjing ini digunakan atur cara pembiakbakaan kemudian; progeni anjing-anjing ini lalu merupakan leluhur semua anjing gembala Jerman moden.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "History of the German Shepherd Dog". German Shepherds.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-01. Dicapai pada 2 Ogos 2008.
  2. ^ "Eine Idee findet ihre Organisation" (dalam bahasa Jerman). Der Verein für Deutsche Schäferhunde. Dicapai pada 3 Ogos 2008.
  3. ^ "V Horand von Grafrath pedigree information". Pedigree Database. Dicapai pada 2 Ogos 2008.
  4. ^ "SZ-1 Horand von Grafrath". Kelab Anjing Gembala Jerman Amerika Syarikat. Dicapai pada 2 Ogos 2008.
  5. ^ von Stephanitz, Max; Schwabacher, Joseph (1994). The German Shepherd Dog in Word and Picture. Hoflin Publishing Ltd. ISBN 978-99932-80-05-7.