Horst Szymaniak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Horst Szymaniak
Szymaniak (bawah) cuba menyekat pergerakan Faas Wilkes.
Maklumat peribadi
Nama penuh Horst Szymaniak
Tarikh lahir (1934-08-29)29 Ogos 1934
Tempat lahir Erkenschwick, Jerman
Tarikh kematian 9 Oktober 2009(2009-10-09) (umur 75)
Tempat kematian Melle, Jerman
Posisi permainan Pemain tengah bertahan / Pemain tengah
Kerjaya remaja
1943–1952 SpVgg Erkenschwick
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1952–1955 SpVgg Erkenschwick 50 (11)
1955–1959 Wuppertaler SV 91 (12)
1959–1961 Karlsruher SC 53 (2)
1961–1963 Catania 62 (8)
1963–1964 Internazionale Milano 6 (0)
1964–1965 Varese 23 (0)
1965–1966 Tasmania 1900 Berlin 29 (1)
1966 FC Biel
1967 Chicago Spurs 12 (1)
Pasukan kebangsaan
1956–1966 Jerman Barat 43 (2)
1956–1965 Jerman Barat B 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Horst "Schimmi" Szymaniak (29 Ogos 1934 – 9 Oktober 2009) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kariernya, beliau pernah beraksi untuk kelab SpVgg Erkenschwick, Wuppertaler SV, Karlsruher SC, Calcio Catania, F.C. Internazionale Milano, A.S. Varese 1910 dan Tasmania 1900 Berlin.

Szymaniak merupakan salah satu pemain terkenal Jerman pada era lewat 1950an dan awal 1960an. Majalah Kicker menilai beliau sebagai kelas dunia sebanyak lima kali antara tahun 1957 dan 1961.[1]

Beliau tampil dalam 43 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan dua gol untuk pasukan kebangsaan Jerman Barat ntara tahun 1956 dan 1966. Beliau turut sebahagian daripada skuad Piala Dunia 1958 dan 1962.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Szymaniak meninggal dunia selepas sakit jangka masa panjang pada 9 Oktober 2009 di rumah penjagaan di Melle berdekatan Osnabrück.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rating of German Players [1955 to 2008]". BigSoccer. Dicapai pada 28 November 2012.