Hortaya borzaya
| Nama lain | Chortai Chortaj Grehaun timur Grehaun Ukraine Grehaun Rusia |
|---|---|
| Negara asal | Ukraine, Rusia |
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |
Hortaya borzaya,[a] chortai, atau chortaj, ialah satu baka anjing pemburu penglihatan dari Ukraine dan Rusia.
Chortai dikatakan menyerupai silangan antara grehaun dengan borzoi berbulu pendek sebagai hound pelari yang terbina dengan agak berat tetapi tetap memaparkan ciri-ciri tipikal anjing pemburu penglihatan.[1][2]
Chortai dipercayai telah dikembangkan daripada baka krymskaja dan baka gorskaja yang kini pupus dan merupakan baka kegemaran bagi kebangsawanan Rusia; seekor dipamerkan di Zoo London pada tahun 1829 sebagai grehaun Rusia walaupun sebaliknya ia jarang pernah terlihat di luar negaranya sendiri.[2][3] Selepas Revolusi Oktober tahun 1917, anjing-anjing tersisa daripada kenel-kenel terbiar milik kebangsawanan disilangkan secara meluas dengan keragaman-keragaman hound tempatan untuk menghasilkan yang kini dikenali sebagai anjing pemburu steppe Rusia Selatan, lalu baka ini mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa Soviet pada Kongres Kinologi di Moscow pada tahun 1952.[1][2][3] Bilangan baka ini semakin berkurang di bawah Kesatuan Soviet sehingga titik kepupusan hampir, tetapi dengan keruntuhan Kesatuan Soviet, terdapat minat baharu terhadap baka-baka prarevolusi di dalam Rusia dan percubaan telah dibuat untuk menyelamatkan baka ini.[3]
Chortai biasanya berburu dengan cara tradisional Rusia, iaitu dengan pemburu yang berkuda dan diiringi oleh sepasang anjing pemburu dan seekor burung pemangsa.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Alderton, David (1987). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. m/s. 50. ISBN 9780948872136. OCLC 16631237.
- 1 2 3 4 Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 113. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- 1 2 3 Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 84. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.