Hospital (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital
PengarahAzaromi Ghozali
Lakon layarAzaromi Ghozali
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 13 April 2017 (2017-04-13) (Malaysia)
Masa tayangan
86 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Hospital (digayakan sebagai HOSPITAL) merupakan sebuah filem seram Malaysia 2017 arahan Azaromi Ghozali terbitan Metrowealth Pictures.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan Amira (Fatin Afeefa) yang berasal dari kampung turun ke ibu kota untuk menghadiri temu duga sebagai jururawat di sebuah hospital. Malangnya, Amira tidak berjumpa hospital tersebut dan hampir berputus asa. Sewaktu menunggu teksi di hentian bas terpencil, muncul Dahlia (Nina Iskandar) yang kebetulan berkerja di hospital yang dicari oleh Amira lalu memberikan pertolongan.

Setelah diterima berkerja di hospital tersebut, Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumah yang lama telah meninggalkan rumah. Amira bersetuju, dan semenjak itu bermulalah episod ngeri dalam hidup Amira yang sering diganggu dengan kejadian seram dan penampakan lembaga ngeri. Perkenalan dengan doktor muda bernama Farid (Fizz Fairuz), menambahkan lagi kekalutan sedia ada yang berlaku kepada diri Amira.

Dahlia juga seperti kurang selesa dengan perhubungan antara Amira dan Dr. Farid. Jiwa Amira semakin hari semakin tertekan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi-jadi. Ia bukan sekadar berlaku di hospital tempat Amira berkerja, malah juga di rumah Dahlia tempat Amira menumpang. Kekalutanini membuatkan Amira tidak pasti sama ada dia berada di alam realiti ataupun dia masih lagi bermimpi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mendapati lakon layar dan cerita filem ini tidak diperkuat seperti mana sepatutnya ia dilakukan sehingga Hospital menjadi keliru dan hilang punca.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Filem Hospital Tampil Kelainan Dengan Elemen Seram Psiko Arahan Azaromi Ghozali Bro Framestone (11 April 2017). Diperoleh pada 23 Julai 2017.
  2. ^ Shazryn Mohd Faizal (17 April 2017). Kelemahan Lakon Layar Punca Kekeliruan 'Hospital' - Wayang. Diarkibkan 2018-11-09 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 1 Mei 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Hospital di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)