Hospital Baling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Baling
Kerajaan
Geografi
LokasiBaling, Kedah,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pautan
Laman sesawanghbaling.moh.gov.my

Hospital Baling merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia.

Hospital Lama Baling telah dibina pada 24 Jun 1965. Apabila hospital baru dibuka, ia telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah. Hospital Baru dengan kos sebanyak RM31 juta ini telah dimulakan pembinaannya pada bulan Ogos 1993. Syarikat Johawaki telah diberi tanggungjawab mengendalikannya. Dalam tempoh masa 2 tahun, hospital baru ini telah siap dibina iaitu pada bulan November 1995.

Hospital Baling mula beroperasi pada 15 Januari 1996. Ia dibina sebagai hospital gantian bagi hospital lama untuk memenuhi kehendak penduduk-penduduk di daerah Baling, Kedah. Hospital Baling yang bertaraf Hospital Daerah Tanpa Pakar ini terletak di atas tapak dengan keluasan 32 ekar, sejauh 800 meter dari pekan Baling dan memberikan perkhidmatan untuk 140,000 penduduk.

Fakta[sunting | sunting sumber]

HOSPITAL BALING
Tahun Dibina  : Ogos 1993
Luas Kawasan  : 32 Ekar
Kos Pembinaan  : RM31 Juta
Mula Beroperasi : 15 Januari 1996
Dirasmikan Oleh : KDYMM Sultan Kedah
Kategori  : Hospital Tanpa Pakar
Bil. Katil rasmi: 160

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Baling
Jalan Hospital
09100 Baling
Kedah Darul Aman
Malaysia

Tel: 04-4701333
Fax: 04-4701160

Pautan luar[sunting | sunting sumber]