Hospital Changkat Melintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hospital Changkat Melintang
Kerajaan
Logo HCM.jpg
Logo Hospital Changkat Melintang
Geografi
LokasiBota Kanan, Perak,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil50
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Hospital Changkat Melintang

Hospital Changkat Melintang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Perak, Malaysia. Ia terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Bota Kanan.

Hospital Changkat Melintang dilengkapi dengan 50 katil sebagai salah satu antara usaha kerajaan memastikan tahap kesihatan penduduk luar bandar berada terjaga. 2011

Hospital Changkat Melintang telah mula dibina pada tahun 1971 dengan keluasan kira-kira 8.4 hektar. Hospital Changkat Melintang telah dibuka secara rasmi pada 23 Febuari 1973 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein. Hospital Changkat Melintang menawarkan perkhidmatan seperti rawatan untuk pesakit luar, klinik pakar, rawatan harian, farmasi, wad bersalin, rawatan kecemasan dan pelbagai lagi.

Selain itu, Hospital Changkat Melintang turut dilengkapi dengan kemudahan lain kepada pengunjung seperti surau, kantin, taman permainan kanak-kanak, telefon awam dan pelbagai lagi.

Selain perkhidmatan rawatan di Hospital Changkat Melintang, penduduk sekitar Bota Kanan juga boleh mendapatkan rawatan kesihatan yang disediakan di Klinik Desa Bota Kanan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Pekan Bota Kanan.

Hospital Changkat Melintang turut menawarkan rawatan untuk penagih dadah iaitu Klinik Terapi Gantian Metadon bermula sejak 15 Jun 2011 sebagai bantuan kepada mereka yang ingin pulih dari penyalahgunaan dadah.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Changkat Melintang
32900 Lambor Kanan
Bota, Perak
Malaysia
No. Telefon: 05-3761333
No. Faks: 05-3761400

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]