Hospital Keningau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hospital Keningau merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Daerah Keningau, Sabah, Malaysia.

Hospital Keningau telah beroperasi sejak 13 May 1957, sebagai "Hospital Pondik" dan dibina di atas bukit. Ia memiliki kawasan seluas 9.2 Hektar. Jaraknya dari pusat bandar Keningau adalah lebih kurang 1 KM. Sehingga tahun 2003, Hospital Keningau telah berkembang dan mampu menampung 150 katil.

Pembinaan Hospital Baru dengan keluasan 11.15 hektar terletak di KM 5, Jln Apin-Apin/Keningau telah mula beroperasi pada 08 Febuari, 2004, dengan bilangan 212 katil di bawah Projek Rancangan Malaysia ke-8. Hospital Keningau telah mendapatkan CPC (Certificate of Practical Completion) pada 31 Mei, 2003 dengan kos RM198.8 juta (Turnkey Project).

Hospital Keningau telah dilengkapkan peralatan moden dengan Sistem Maklumat IHIS 'Intermediate Hospital Information System' iaitu satu sistem pengurusan berkomputer untuk pesakit dan kakitangan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Keningau
P.S 11
89007 Keningau
Sabah
Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]