Hospital Permai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hospital Permai

Hospital Permai ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Hospital ini dibina untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan psikiatri yang menyeluruh.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital Permai

Hospital Permai yang telah siap dibina pada tahun 1937 dengan terdirinya bangunan wad dan pentadbiran di atas sebidang tanah seluas 110 ekar kawasan hutan di Tampoi kira-kira 7 km dari Bandar Johor Bahru. Kawasan hospital ini berkeluasan 620 ekar tetapi binaan hospital hanya menggunakan 110 ekar sahaja dan dikelilingi pagar besi perimeter dan pagar dinding konkrit

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Hospital Permai merupakan hospital psikiatri kedua terbesar di Malaysia dan menjadi pusat rujukan bagi negeri-negeri Selatan dan Pantai Timur Malaysia.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Siri animasi televisyen[sunting | sunting sumber]

Keluang Man[sunting | sunting sumber]

Lokasi hospital ini menjadi latar tempat bagi siri televisyen animasi Keluang Man dengan nama Hospital Bahagia Tampoi. Ia merupakan lokasi yang menempatkan watak utama, Borhan dan pembantunya Samad yang merupakan pesakit sakit jiwa di hospital tersebut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]