Pergi ke kandungan

Hotel Taj Mahal Palace

The Taj Mahal Palace
இந்திய உணவு விடுதிகள்
ताजमहल पैलेस एंड टॉवर
The Taj Mahal Palace Hotel
Hotel Taj Mahal Palace yang terletak di Mumbai
Hotel Taj Mahal Palace
Lokasi di Mumbai
EtimologiTaj Mahal Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat umum
JenisHotel Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaIndo-Saracenic architecture (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiMumbai, Maharashtra, India
NegaraIndia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat18°55′19″U 72°50′00″T / 18.9220°U 72.8333°T / 18.9220; 72.8333
Pembinaan bermula1903 Sunting nilai ini di Wikidata
Pembukaan16 Disember 1903; 122 tahun yang lalu (16 Disember 1903)
Dirasmikan pada1903 Sunting nilai ini di Wikidata
PemilikTaj Hotels
Butiran teknikal
Bilangan tingkat6 tingkat di The Taj Mahal Palace, 20 tingkat di Menara Taj Mahal
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekSitaram Khanderao Vaidya, D.N. Mirza
Kontraktor utamaShapoorji Pallonji Group
Maklumat lain
Bilangan bilik600
Bilangan bilik mewah44
Bilangan restoran9
Tapak web
Laman Web Rasmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taj Mahal Palace ialah sebuah hotel warisan mewah bertaraf lima bintang yang terletak di kawasan Colaba. Mumbai, Maharashtra, India. Ia terletak bersebelahan dengan Pintu Gerbang India . Dibina dalam gaya Indo-Sarasenik, hotel ini dibuka pada tahun 1903 dengan nama Hotel Taj Mahal dan secara sejarahnya sering dirujuk sebagai "The Taj". Hotel ini dinamakan sempena Taj Mahal, yang terletak di bandar Agra, kira-kira 1,050 kilometer (650 bt) dari Mumbai. Ia telah dianggap sebagai salah satu hotel terbaik di Timur sejak zaman Raj British


Sebahagian daripada Resort dan Istana Taj Hotels , hotel ini mempunyai 600 bilik serta 44 suite, dan dianggap sebagai hartanah utama (flagship property) kumpulan tersebut. Hotel ini menggaji 1,500 kakitangan. Kompleks Hotel ini terdiri daripada dua struktur yang berbeza, Taj Mahal Palace (Istana Taj Mahal) dan Tower (Menara Istana Taj). Taj Mahal Palace dibuka pada tahun 1093, manakala Taj Palace Tower dibuka pada tahun 1972

Tahun-tahun awal

[sunting | sunting sumber]
Pintu masuk asal di sebelah barat; kini tapak kolam renang hotel

Hotel Taj Mahal telah ditauliahkan oleh Jamsetji Tata dan dibuka kepada tetamu pada 16 Disember 1903.Hotel Taj Mahal merupakan rumah kepada pemuzik jazz legenda Micky Correa, "Sultan Swing", dari tahun 1936 hingga 1960. [1] [2]


Sayap baru

[sunting | sunting sumber]
Menara Taj Mahal, sayap baru hotel ini yang dibina pada tahun 1972

Pengurusan Hotel Taj Mahal telah difrancaiskan sebagai daripapa Hotel Inter-Continental Pan Am pada tahun 1972 [3] dan ia dinamakan semula sebagai Taj Mahal Inter-Continental, dengan sayap menara baharu dibuka pada tahun yang sama. [4]

Serangan Mumbai 2008

[sunting | sunting sumber]

Hotel itu diserang pada 26 November 2008, di mana kerosakan material berlaku, termasuk kemusnahan bumbung hotel beberapa jam berikutnya. [5] Tebusan telah diambil semasa serangan itu, dan sekurang-kurangnya 167 orang terbunuh, termasuk ramai warga asing. Mangsa kebanyakannya warga India, walaupun orang barat yang membawa pasport asing telah diasingkan. [6] Komando India membunuh pengganas yang dikurung di hotel itu, untuk menamatkan pertempuran tiga hari pada 29 November. [7] Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban di Taj Mahal . Kira-kira 450 orang menginap di Istana dan Hotel Taj Mahal pada masa pengepungan. [8] Serangan itu dirancang menggunakan maklumat yang dikumpulkan oleh David Headley, seorang warga Pakistan-Amerika, yang telah menginap di hotel itu beberapa kali.

  1. "Excerpt | Long gone blues". mint. 3 December 2011.
  2. Fernandes, Naresh (November 16, 2012). Taj Mahal Foxtrot: The Story of Bombay's Jazz Age. Roli Books.
  3. "Page 10".
  4. "The Taste with Vir Sanghvi: Here's why Indians shy away from hotels with foreign brand names". Hindustan Times. 11 April 2018.
  5. Ramesh, Randeep (27 November 2008). "Dozens still held hostage in Mumbai after a night of terror attacks". The Guardian. London. Dicapai pada 28 November 2008.
  6. "Mumbai 26/11 terror attack- Taj Mahal hotel under siege". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-13 melalui www.youtube.com.
  7. "Terror in Mumbai". YouTube. 2014-01-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-13. Dicapai pada 2018-06-02.
  8. "Timeline: Mumbai under attack". BBC News. 1 December 2008. Dicapai pada 3 December 2008.