Hotma Sitompul
Hotma Sitompul | |
---|---|
Kelahiran | Tanah Karo, Sumatera Utara, Indonesia | 30 November 1956
Meninggal dunia | 16 April 2025 Jakarta Pusat, Jakarta, Indonesia | (umur 68)
Pusat pendidikan | Universitas Gadjah Mada |
Pekerjaan | Pengacara |
Hotma Sitompul (30 November 1956 – 16 April 2025) merupakan seorang tokoh peguam dari Sumatera Utara yang cukup dikenali kerana pernah mengendalikan beberapa kes artis di Indonesia. Hotma merupakan alumni Universitas Gadjah Mada yang mengikuti pengajian undang-undang. Hotma juga dikenali sebagai bapa tiri kepada Bams bekas Samson dan adik kepada Ruhut Sitompul.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Hotma pernah menjadi kakitangan Bantuan guaman yang diketuai oleh seorang peguam kanan iaitu Adnan Buyung Nasution. Pada tahun 2002, Hotma mengasaskan LBH sendiri yang diberi nama Mawar Saron. LBH ditubuhkan untuk memberi keadilan dan bantuan undang-undang kepada golongan miskin, lemah dan buta huruf.
Pada masa ini, Hotma juga mempunyai firma guamannya sendiri bernama Hotma Sitompoel & Associates[1].
Kes
[sunting | sunting sumber]Sepanjang kerjayanya sebagai peguam, Hotma mengendalikan banyak kes yang cukup fenomenal dan menarik perhatian orang ramai. Melalui kes-kes ini, nama Hotma turut dikenali umum.
Pembunuhan seorang gadis kecil di Bali adalah antara kes yang dikendalikan oleh Hotma. Kes ini benar-benar menarik perhatian umum ketika itu. Kes pembunuhan kanak-kanak perempuan di Bali pada 2015 merupakan antara kes yang dikendalikan Hotma. Dalam kes itu, Hotma adalah peguam Magriet terhadap Hotman Paris, yang ketika itu menjadi peguam kepada pembantu rumah mangsa, Agus.
Tambahan pula, pada 2013 Hotma juga menjadi peguam yang mengendalikan kes dadah oleh Raffi Ahmad dan pada 2019, Hotma juga mengendalikan kes sivil oleh Baim Wong dengan Astrid's QQ Production. Pada tahun 2022, Hotma turut menarik perhatian ramai kerana menjadi peguam dalam kes Keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky Billar terhadap Lesti Kejora. Dalam kes ini, Hotma menggantikan sepupunya, Adek Erfil Manurung, sebagai peguam yang membela Rizky Billar.[2].
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Hotma Sitompul menjadi tumpuan umum apabila menjadi peguam Rizky Billar berhubung kes keganasan rumah tangga. Ini disebabkan kes perceraiannya dengan Desiree pada 2021. Dalam kes ini, Hotma dilaporkan telah menendang Desiree dan berebut hak tanah dan pembaikan rumah dengan Desiree. Namun, akhirnya mereka bercerai dan perselisihan itu berakhir dengan aman[2].
Kematian
[sunting | sunting sumber]Hotma meninggal dunia pada 16 April 2025 di Hospital Dr. Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat pada 11.15 WIB.[3][4] Hotma telah menjalani rawatan di Pulau Pinang, Malaysia, sehingga akhirnya dirawat di Jakarta, akibat komplikasi.[5][6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ News, Tagar (2017-12-23). "Pengacara Indonesia, Mampu Hajar Kasus Nikel?". TAGAR (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-01-14.
- ^ a b "Inilah Hotma Sitompul Pengacara Baru Rizky Billar, Bercerai dengan Istri Setelah 20 Tahun Menikah". Bangkapos.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-01-14.
- ^ Irfan Kamil (16 April 2025). Robertus Belarminus (penyunting). "Advokat Hotma Sitompul Meninggal Dunia". Kompas.com. Dicapai pada 16 April 2025.
- ^ Redaksi, Tim. "Kabar Duka: Pengacara Hotma Sitompul Meninggal". CNBC Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-04-16.
- ^ Muhammad Ahsan Nurrijal (16 April 2025). "Hotma Sitompoel Meninggal karena Sakit Komplikasi, Sempat Dirawat di Malaysia". Detik.com. Dicapai pada 16 April 2025.
- ^ Vedro Imanuel Girsang (16 April 2025). "Pengacara Hotma Sitompul Meninggal". Tempo.co. Dicapai pada 16 April 2025.