Houssem Aouar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Houssem Aouar
Houssem Aouar 2017.jpg
Aouar bersama Lyon pada 2017
Maklumat peribadi
Nama penuh Houssem Aouar
Tarikh lahir (1998-06-30) 30 Jun 1998 (umur 24)
Tempat lahir Lyon, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lyon
Nombor 8
Kerjaya remaja
2006–2009 AC Villeurbanne
2009–2017 Lyon
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016– Lyon 97 (16)
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B17 1 (0)
2017– Perancis B21 16 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:46, 8 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019

Houssem Aouar (lahir 30 Jun 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk Lyon.[1]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Aouar telah menyertai akademi Olympique Lyonnais pada tahun 2009 semasa berusia sebelas tahun.

Pada Julai 2016, beliau telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Lyon. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 16 Fberuari 2017 ketika pasukannya meraih kemenangan 4-1 ke atas AZ Alkmaar dalam pusingan ke-32 peringkat kalah mati Liga Europa selepas menggantikan Sergi Darder pada minit ke-84.[2] Aouar menjaringkan gol pertamanya untuk Lyon pada seminggu kemudian dalam perlawanan timbal balik menentang AZ Alkmaar di Parc Olympique Lyonnais yang berakhir dengan kemenangan 7–1 berpihak kepada Lyon.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 sebagai barisan kesebelasan utama pasukan ketika menentang Bastia pada 16 April 2017 tetapi perlawanan dihentikan pada separuh masa dengan kedudukan seri tanpa jaringan. Kemenangan dianugerahkan kepada Lyon pada tiga minggu kemudian.[4] Beliau telah dicalonkan ke dalam anugerah Golden Boy pada Julai 2018.[5]

Pada permulaan musim 2017–18, walaupun hanya beraksi dalam lima perlawanan kompetitif bersama Lyon semenjak beliau menyertai skuad utama, Aouar telah diberi jersi nombor simbolik 8 (yang pernah dipakai oleh legenda kelab Juninho) selepas Corentin Tolisso meninggalkan Lyon untuk berpindah ke Bayern Munich pada Jun 2017.

Pada 11 Disember 2019, Aouar menjaringkan gol ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig[6] sekali gus membantu Lyon meneruskan kemaraan ke pusingan ke-16 kejohanan.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aouar berasal daripada keturunan Algeria.[7] Beliau menjadikan Juninho dan Zinedine Zidane yang juga berasal daripada keturunan Algeria sebagai model peranannya.[8]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 Mac 2020.
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Lyon 2016–17 3 0 0 0 0 0 2[b] 1 0 0 5 1
2017–18 32 6 4 0 0 0 8[b] 1 44 7
2018–19 37 7 2 0 1 0 7[c] 0 47 7
2019–20 25 3 4 3 3 2 5[c] 1 37 9
Jumlah kerjaya 97 16 10 3 4 2 22 3 133 24
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. ^ a b Penampilan di Liga Europa
  3. ^ a b Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "France - H. Aouar - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 19 February 2017.
  2. ^ "AZ Alkmaar vs. Lyon - 19 February 2017 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 19 February 2017.
  3. ^ "Lyon vs. AZ Alkmaar - 23 February 2017 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 24 February 2017.
  4. ^ "Ligue 1 : L'OL se voit attribuer la victoire face au Sporting Club de Bastia". olweb.fr. Dicapai pada 11 May 2017.
  5. ^ Polden, Jake (2 July 2018). "Golden Boy 2018 award nominees announced". mirror.
  6. ^ "Lyon 2 - 2 RB Leipzig - Match Report & Highlights - Sky Sports". skysports.com. Dicapai pada 26 December 2019.
  7. ^ Vavel (14 November 2016). "Qui es-tu, Houssem Aouar ?". VAVEL.com (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 5 February 2018.
  8. ^ "The Young Lyon wanted in Liverpool and Barcelona - Meet Ligue 1 Rising Star Houssem Aouar | Goal.com" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]