Hua Xi Ya (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hua Xi Ya
Album studio oleh Fauziah Latiff
Dikeluarkan pada1992
GenrePop Mandarin
SyarikatHappy Records (M)
Kronologi Fauziah Latiff
Tiada Noktah Cinta (1991) Hua Xi Ya
(1992)
Gubahan Rindu Puisi Syahdu
(1992)

Hua Xi Ya ialah album studio pertama penyanyi popular Fauziah Latiff yang dirakamkan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin. Album ini memuatkan rakaman semula lagu-lagu Fauziah dalam 4 album solo sebelum ini. Antara lagu popular dalam album ini ialah lagu Ku Ingin Bebas versi bahasa Mandarin.

Album ini dipasarkan di serata Asia terutamanya di negara China. Populariti Fauziah ketika ini meningkat naik di peringkat antarabangsa bukan sahaja di China, tetapi di Jepun dan Hong Kong juga. Untuk mempromosikan album ini, Fauziah sempat mengadakan konsert bergerak di serata bandar di Negara China pada tahun tersebut.