Pergi ke kandungan

Huang Tiong Sii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dato' Sri
Huang Tiong Sii
SSAP PGBK DIMP MP
范长锡
Gambar Rasmi Datuk Huang
Timbalan Menteri Kelestarian Alam & Perubahan Iklim
Dalam jawatan
10 December 2022 – 12 December 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehAli Biju & Mansor Othman
Timbalan Menteri
Sumber Asli, Alam Sekitar
dan Perubahan Iklim
Menyandang jawatan
10 Disember 2022
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriJohari Abdul Ghani
Didahului oleh
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sarikei, Sarawak
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Wong Ling Biu
Majoriti3,697 (PRU-15)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi Repok
Menyandang jawatan
7 Mei 2016
Didahului olehWong Hua Seh
Majoriti7,308
Maklumat peribadi
Parti politikParti Rakyat Bersatu Sarawak
Gabungan politik
lain
Gabungan Parti Sarawak
PasanganDatin Sri Law Yu Hui
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanAhli Perniagaan

YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii (Cina: 范长锡; pinyin: Fàn Chángxī) ialah seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad sejak Disember 2023. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Sarikei sejak November 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi Repok sejak Mei 2016.Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam pentadbiran Pakatan Harapan di bawah Perdana Menteri Anwar dan Menteri Nik Nazmi dari Disember 2022 hingga Disember 2023. Beliau ialah seorang ahli, Naib Presiden, dan Ketua Bahagian Sarikei bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan dahulunya dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Sebelum pelantikan beliau sebagai timbalan menteri, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah syarikat pembalakan MM Golden (M) Sdn. Bhd.

Keputusan Pilihanraya

[sunting | sunting sumber]
Keputusan Pilihan Raya Umum – P208 Sarikei
Tahun Kawasan Calon Undi % Pencabar Undi % Kertas undi Majoriti % Keluar Mengundi
2022 P208 Sarikei Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) 20,080 55.07% Roderick Wong Siew Lead (DAP–PH) 16,383 44.93% 37,025 3,697 67.30%
2018 P208 Sarikei Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) 13,757 45.14% Wong Ling Biu (DAP–PH) 16,327 53.57% 30,895 –2,570 78.09%
Keputusan Pilihan Raya Negeri – N45 Repok
Tahun Kawasan Calon Undi % Pencabar Undi % Kertas undi Majoriti % Keluar Mengundi
2021 N45 Repok Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) 10,038 73.15% Philip Wong Pak Ming (DAP–PH) 2,730 19.90% 13,722 7,308 58.29%
2016 N45 Repok Huang Tiong Sii (SUPP–GPS) 7,446 51.96% Yong Siew Wei (DAP–PH) 6,503 45.38% 14,330 943 71.57%