Huang Long

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Huanglong)
Jump to navigation Jump to search

Dalam mitos Cina, Huang Long (Tulisan Cina Tradisional: Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.; Tulisan Cina Ringkas: Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.; pinyin: Huáng​lóng​; Bahasa Kantonis (Yale): wong4 lung4; Bahasa Jepun: [[Kōryū or Ōryū] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Korea: [[Hwang-Ryong] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Bahasa Vietnam: Hoàng Long; secara harifah: ""Naga Kuning"") ialah seekor naga tanpa tanduk yang pernah menjelma dari Sungai Luo dan mempersembahkan unsur-unsur tulisan kepada Maharaja Fu Xi. Menurut legenda, ketika tampil di hadapan Fu Xi, naga ini menyumbat sebuah lubang di angkasa yang dibuat oleh raksasa Gong Gong. Siang malam, musim dan cuaca ditentukan dengan bangun, tidur dan nafasnya.

Dalam kebudayaan Asia Timur, di kalangan Empat Lambang ini adakalanya wujudnya seekor pelindung kelima iaitu Huang Long. Dewa ini merupakan pelindung pusat yang mewakili unsur tanah dalam lima unsur Cina, serta perubahan musim.

Huang Long tidak muncul dalam mitos Jepun, yang mana unsur kelima dalam perunsuran Jepun ialah Kekosongan, dan tidak mungkin dilambangkan oleh haiwan. Oleh itu, Huang Long sering dilupakan. Bagaimanapun, ada yang menganggap Ōryū (naga kuning) sebagai padanan Jepun bagi Huang Long kerana mempunyai beberapa persmaan.

Di akhir pemerintahannya, Maharaja legenda yang pertama iaitu Huang Di dikatakan menaiki seekor naga kuning untuk naik ke Syurga. Memandangkan orang Cina menganggap Huang Di sebagai leluhur mereka, mereka juga bergelar "keturunan naga". Legenda ini turut menyumbang kepada penggunaan naga Cina sebagai lambang kekuasaan raja.