Huawei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Huawei Technologies Co. Ltd.
華為技術有限公司
Jenis Sendirian
Industri Alat-alat Telekomunikasi
Ditubuhkan 1987
Pengasas Ren Zhengfei
Ibu pejabat Shenzhen, Guangdong, China
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Keluaran Rangkaian selular dan rangkaian jalur lebar, khidmat nasihat pengurusan, teknologi multimedia , telefon bimbit, komputer tablet
Hasil CNY 240.0 bilion (2013)
Keuntungan CNY 29.4 bilion (2013)
Pekerja 140,000 (2012)
Anak syarikat HiSilicon
Laman sesawang www.huawei.com, www.huaweidevice.com, www.gethuawei.com

Huawei Technologies Co. Ltd. merupakan syarikat multinasional China yang menghasilkan alat-alat rangkaian telekomunikasi yang berpusat di Shenzhen, Guangdong. Syarikat tersebut merupakan pembuat alat-alat telekomunikasi yang terbesar di dunia dan mengambil alih tempat pertama Ericson pada tahun 2012.

Huawei ditubuhkan oleh bekas pegawai tentera Ren Zhengfei pada tahun 1987 sebagai syarikat sendirian yang dimiliki oleh pekerja-pekerjanya. Misi terasnya adalah untuk membina rangkaian telekomunikasi, membekalkan perkhidmatan khidmat nasihat dan alat-alat operasi kepada pasaran pengguna. Huawei mempunyai lebih dari 140,000 pekerja dan 46% daripadanya melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Huawei mempunyai 21 institut R&D di banyak negara termasuk China, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Pakistan, Jerman, Colombia, Sweden, Ireland, India, Rusia dan Turki, dan US$5 bilion dilaburkan dalam R&D pada tahun 2013.

Pada tahun 2010, Huawei merekodkan keuntungan sebanyak 23.8 bilion CNY (3.7 billion USD). Produk dan perkhidmatannya digunakan di lebih dari 140 negara dan Huawei member perkhidmatan kepada 45 daripada 50 operator telekom yang terbesar di dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun awal[sunting | sunting sumber]

Huawei ditubuhkan oleh Ren Zhengfei pada tahun 1987 dengan modal berdaftar awal sebanyak RMB 21,000. Huawei ditubuhkan di Shenzhen dan bermula sebagai ejen jualan sebuah syarikat Hong Kong yang menghasilkan suis untuk pertukaran cawangan swasta (PBX). Menjelang 1990, Huawei memulakan penyelidikannya sendiri dan pengkomersilan teknologi PBX yang ditujukan kepada hotel and syarikat kecil. Selepas Huawei mengumpul pengteahuan dan sumber yang diperlukan, Huawei berjaya memasuki pasaran telekomunikasi arus perdana pada tahun 1992, apabila syarikat itu melancarkan swis telefon digital C&C08nya yang menjadi kapasiti sius yang terbesar di China. Bermula dari bandar-bandar kecil dan kawasan pedalaman, syarikat itu memperoleh syer pasaran dan memasuki pasaran arus perdana secara beransur-ansur.

Pengembangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pejabat Huawei di Voorburg, Netherlands
Pejabat Huawei di Ontario, Canada

Pada tahun 1997, Huawei memenangi kontrak luar negara yang pertama yang membekalkan produk rangkaian talian tetap kepada syarikat Hong Kong Hutchison Whampoa. Pada tahun yang sama, Huawei melancarkan produk wayarles berasaskan GSM dan kemudian berkembang kepada pembekalan CDMA dan UMTS. Pada tahun 1999, syarikat itu membuka pusat penyelidikan dan perkembangan (R&D) di Bangalore, India untuk memajukan pelbagai jenis perisian telekom. Dari 1998 ke 2003, Huawei berkontrak dengan IBM untuk khidmat nasihat pengrurusan dan menjalani transformasi yang signifikan dalam struktur pengrusan dan perkembangan produk. Selepas tahun 2000, Huawei mempercepat kelajuannnya dalam pengembangan kepada pasaran luar Negara dan menubuhkan pusat R&D di Stockholm, Sweden. Pada tahun 2001, Huawei menubuhkan empat pusat R&D di Amerika Syarikat, melepaskan anak syarikatnya Avansys kepada Emerson untuk US$750 juta dan menyertai Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Menjelang 2002, syer pasaran antarabangsa Huawei mencapai US$552 juta.

Pada tahun 2004, Huawei meneruskan pengembangannya di luar Negara dengan kontrak yang membina rangkaian generasi ketiga untuk Telfort, operator mudah alih Belanda. Kontrak yang bernilai lebih $US25 juta ini merupakan kontrak yang pertama di Eropah jika dibanding dengan kontrak yang sama jenisnya.

Pada tahun 2005, kontrak antabangsa Huawei melebihi jualan dalam Negara buat kali pertama. Huawei menandatangani Perjanjian Kerangka Kerja Global dengan Vodafone. Perjanjian ini menandakan kali pertama pembekal dari China menerima status Pembekal Diluluskan daripada Rantaian Bekalan Global Huawei. Perjanjian ini telah menetapkan terma dan syarat untuk produk Huawei yang dibekalkan kepada mana-mana syarikat operasi Vodafone di seluruh dunia. Huawei juga menandatangani kontrak dengan Telekom British(BT) untuk penempatan MSANnya dan juga peralatan penghantaran untuk Rangkaian Abad ke-21 (21 CN) BT yang membekalkan BT dan industry-industri telekomunikasi UK infrastruktur yang diperlukan untuk menampung pertumbuhan pada masa depan kerana syarikat-syarikat tersebut bergantung kepada pelbagai pembekal.

Pada Mei 2008, Huawei dan Optus membuka pusat inovasi mudah alih di Sydney, Australia, dan membekalkan kemudahan kepada jurutera untuk mengembangkan konsep baru tentang jalur lebar wayarles dan mudah alih kepada penghasilan produk yang “sedia dijual di pasaran”. Pada tahun 2008, syarikat itu memulakan penempatan komersil UMTS/ HSPA secara berskala besar di Amerika Utara untuk membekalkan akses mudah alih berkelajuan tinggi kepada rangkaian wayarles generasi baru TELUS dan Bell Canada.

Huawei memulakan rangkaian komersil LTE/EPC yang pertama di dunia untuk TeliaSonera in Oslo, Norway pada tahun 2009. Syarikat itu melancarkan hujung-ke-hujung penyelesaian 100G yang pertama di dunia daripada penghala kepada system penghantaran pada tahun yang sama, untuk membantu menembangkan trafik rangkaian mempertingkatkan keutuhan dan effisiensi penghala.

Pada Julai 2010, Huawei dimasukkan ke dalam Senarai Fortune Gl0bal 500 2010 yang diterbit oleh Fortune, majalah Amerika Syarikat buat kali pertama, dengan kekuatan yang jualan tahunannya sebanyak US$21.8 bilion dan untung bersih sebanyak US$2.67 bilion. Pada akhir tahun 2010, Huawei dilaporkan bahawa mempunyai rancangan untuk melaburkan lebih kurang US$500 juta untuk mendirikan kemudahan pembuatan alat-alat telekom di Tamil Nadu, India dan US$100 juta untuk mengembangkan pusat R&Dnya di Bangalore.

Pada Oktober 2012, Huawei mengumumkan bahawa ibu pejabat UKnya akan dipindah ke Green Park, Reading, Berkshire. Syarikat itu juga menjadi penaja utama pelancongan musim panas Jonas Brothers 2013 untuk meningkatkan imejnya.

Pada September 2013, Huawei membuka pejabat baru di Regina, Saskatchewan, Kanada. Huawei bekerjasama dengan pembawa tempatan SaskTel untuk membina HSPA+ dan rangkaian LTE. Syarikat itu juga mengumunkan bahawa SaskTel akan menggunakan telefon pintar Ascend Y300 baru Huawei.

Pada Oktober 2013, Huawei dipilih TDC A/S sebagai pembekal tunggal untuk memodenkan rangkaian GSM/UMTS/LTE seluruh Negara di Denmark dan membekalkan perkhidmatan pengurusan untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak adalah melebihi $700 juta untuk seluruh tempoh perjanjian.

Pelaburan dan Perkongsian[sunting | sunting sumber]

Huawei berfokus kepada pemgembangan teknologi mudah alih dan penyelesaian rangkaiannya melalui perkongsian. Pada Mac 2003, Huawei dan 3Com Corporation membentuk syarikat usaha sama 3Com-Huawei (H3C) yang berfokus kepada R&D, penghasilan dan perjualan produk rangkaian data. Syarikat itu kemudian melepaskan 49% pegangan syer di H3C untuk US$880 juta pada tahun 2006. Pada tahun 22005, Huawei bermula sebuah syarikat usaha sama dengan Siemens yang dikenali sebagai TD Tech untuk menghasilkan produk teknologi komunikasi alih mudah 3G/ TD-SCDMA. Pelaburan sebanyak US$880 juta memberikan 49% pegangan syer kepada Huawei manakala Siemens memegang syer sebanyak 51%. Pada tahun 2007, Siemens memindahkan semua syer yang dipegang kepada Nokia Siemens Networks setelah Nokia dan Siemens bersama-sama menubuhkan syarikat tersebut. Pada masa ini, Nokia Siemens Networks and Huawei mempunyai memegang 51% dan 49% syer masing-masing.

Pada tahun 2006, Huawei menubuhkan pusat R&D di Shanghai bersama dengan Motorola untuk mengembangkan teknologi UMTS. Pada tahun itu, Huawei juga menubuhkan sebuah syarikat usaha sama dengan Telekom Venezuela yang digelar sebagai Industria Electronica Orinoquia untuk R&D dan perjualan terminal telekomunikasi. Telekom Venezuela memegang sebanyak 65% syer manakala Huawei memegang 35%.

Huawei dan firma sekuriti Amerika Symantec mengumunkan pada Mei 2007 tentang penubuhan syarikat usaha sama untuk menigkatkan tahap sekuriti dan penyelesaian storan untuk pasaran dan pembawa telekomunikasi. Huawei pada mulanya memiliki 51% syer syarikat baru dan menamakannya Huawei Symantec Inc. dan yang selebihnya dimiliki Symantec. Syarikat itu berpusat di Chengdu. Pada Mac 2012, Symantec mengumunkan perjualan bahagian syernya kepada Huawei.

Grameenphone Ltd. dan Huawei memenangi Green Mobile Award pada GSMA Mobile Awards 2009. Pada Mac 2009, Forum Wimax mengumumkan empat ahli baru dalam Lembaga Pengarahnya dan salah seorangnya Thomas Lee, Naib Pengarah Jabatan Piawai Industri di Huawei.

Pada tahun 2008, Huawei menubuhkan syarikat usaha sama dengan Global Marine Systems, syarikat jurutera marin di UK untuk menghasilkan peralatan rangkaian dasar laut dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya.

Prestasi terkini[sunting | sunting sumber]

Pada April 2011, Huawei mengumunkan keuntungan meningkat sebanyak 30% pada tahun 2010, didorong oleh pertumbuhan yang signifikan di pasaran luar Negara, dengan keuntungan bersih yang meningkat kepada RMB23.76 bilion (US$3.64 bilion; £2.23 bllion) daripada RMB18.27 bilion di 2009. Pada tahun 2010, perjualan di luar negara China terus menjadi dorongan utama dalam perniagaan Huawei. Pendapatan luar Negara meningkat sebanyak 34% kepada RMB120.41 bilion pada tahun 2010 daripada RMB90.02 bilion pada tahun 2009, kebanyakannya dari Amerika Utara dan Rusia. Pendapatan dalam Negara meningkat 9.7% ke RMB64.77 bilion, disebabkan operator telekom utama di Negara itu mengurangkan pelaburan mereka pada tahun lepas.

Keuntungan Huawei pada tahun 2010 mengandungi 15.7% daripada $78.56 bilion pasaran infrastruktur rangkaian pembawa global, mendudukkan syarikat itu di tempat kedua selepas Telefon AB L.M. Ericsson yang mempunyai 19.6%, menurut firma kajian pasaran Gartner.

Huawei bermatlamat untuk mencapai keuntungan sebanyak $150 juta melalui penyelesaian perniagaan perusahaannya di India dalam 12 bulan yang akan datang. Syarikat itu menafikan penggunaan tajaan kerajaan China untuk mendapat syer pasaran global setelah dituduh oleh ahli parlimen Amerika Syarikat dan pegawai Kesatuan Eropah yang syarikat itu terlibat dalam persaingan tidak adil.

Rakan kongsi dan pelanggan[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2010 bermula, lebih kurang 80% daripada 50 syarikat telekom yang terkenal di dunia berkongsi dengan Huawei. Rakan kongsi yang terkenal termasuk:

Pada Mei 2011, Huawei memenangi kontak dengan Everything Everywhere, syarikat komunikasi yang terbesar di UK, untuk meningkatkan rangkaian 2Gnya. Kontrak itu merupakan kontrak rangkaian mudah alih pertama Huawei di UK.

Produk dan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Huawei tertumpu kepada tiga bidang utama perniagaan:

  1. Rangkaian Pembawa Telekom, rangkaian dan perkhidmatan telekomunikasi
  2. Perniagaan Perusahaan, pembekalan peralatan, perisian dan perkhidmatan kepada konsumer syarikat
  3. Peranti, penghasilan peranti komunikasi elektronik

Pada Januari 2011, Huawei mengumumkan Perniagaan Perusahaannnya akan membekalkan infrastruktur rangkaian, komunikasi talian tetap dan wayarles, pusat data, dan penyelesaian pengkomputeran awan untuk pelanggan telekomunikasi global. Huawei menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk meningkatkan jualan perusahaannya daripada US$4 bilion pada tahun 2011 kepada $15 bilion dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun.

Rangkaian Telekom[sunting | sunting sumber]

In 2010, revenues for Telecom Networks were US$18.79 billion.[66] Huawei menawarkan pelbagai penyelesain dan teknologi rangkaian untuk membantu operator telekomunikasi mengembangkan kapasiti rangkaian jalur lebar mudah alih mereka. Penyelesaian rangkaian teras Huawei menawarkan suis lembut mudah alihg dan talian tetap, bertambah dengan home location register (LHR) generasi baru dan protocol IMS. Huawei membantu pembekal perkhidmatan kandungan (content service) yang ingin bertukar daripada tembaga kepada serat yang penyelesaiannya menyokong xDSL, rangkaian optikal pasif(PON) and PON generasi baru (NG PON) dalam platform tunggal. Syarikat itu juga menawarkan infrastruktur mudah alih, akses jalur lebar dan penghala dan suis pembekal perkhidmatan (SPRS). Produk perisian Huawei termasuk platform penghantaran perkhidmatan (SDPs), BSSs, Rich Communication Suite dan penyelesaian rumah digital dan pejabat mudah alih.

Pada tahun 2010, keuntungan dalam Rangkaian Telekom adalah sebanyak US$18.79 bilion.

Perkhidmatan Global[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Global Huawei membekalkan operator telekomunikasi peralatan untuk membina dan menggunakan rangkaian dan juga perkhidmatan nasihat dan jurutera untuk mempertingkatkan effisiensi operasi. Semua ini termasuk perkhidmatan integrasi rangkaian untuk rangkaian mudah alih dan talian tetap; perkhidmatan jaminan seperti keselamatan rangkaian; dan perkhidmatan pembelajaran, seperti khidmatan nasihat kecekapan.

Pada tahun 2010, Huawei memenangi 47 kontrak perkhidmatan untuk membantu memperbaik prestasi dan effisiensi rangkaian untuk pelanggan, dan juga mengurangkan kos operasi dan pembaikan rangkaian. Pada tahun yang sama, keuntungan global Huawei bertumbuh sebanyak 28.6% kepada US$4.82 bilion.

Telefon pintar dan peranti Ascend[sunting | sunting sumber]

Telefon pintar Huawei Ascend P6

Bahagian Peranti Huawei membekalkan produk label-putih kepada pembekal perkhidmatan kandungan, termasuk modem USB, modem wayarles, modul terbenam, terminal wayarles tetap,pintu masuk wayarles, peti set-top, telefon bimbit dan produk video. Huawei juga menghasil dan menjual pelbagai peranti di bawah namanya, seperti telefon pintar dan PC tablet IDEOS. Produk terkini termasuk U8800, U8860, E220, Ascend, U7519, Huawei Mercury M886, dan U8150. Pada tahun 2010, Peranti Huawei menghantar 120 juta peranti di seluruh dunia. 20 juta telefon bimbit, yang 3.3 juta unit daripadanya merupakan telefon pintar, dihantar ke pasaran Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah.

Kedudukan Persaingan[sunting | sunting sumber]

Huawei Technologies Co Ltd, merupakan pembuat peralatan telekom yang terbesar di dunia dan juga pembuat peralatan rangkaian telefon yang terbesar di dunia. Pada tahun 2008, Huawei menduduki tempat pertama dalam syer pasaran global di pasaran suis lebut mudah alih, mempunyai kedudukan yang sama dengan Sony Ericson dalam keuntungan syer pasaran dalam kad jalur lebar mudah alih, bertempat kedua dalam pasaran perkakasan optikal, berkekalan sebagai tempat pertama dalam pasaran DSLAM IP, dan bertempat ketiga dalam peralatan rangkaian mudah alih. Pada tahun 2009, Huawei bertempat kedua dalam syer pasaran global untuk peralatan akses radio. Selain itu, Huawei juga merupakan pembekal pertama yang melancarkan penyelesaian 100G hujung-ke-hujung (E2E) yang membolehkan operator untuk mempertingkat rangkaian ultra-jalur lebar, memperbaik perkhidmatannya dan mempermudah kejuruteraan rangkaian. Menurut Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada 27 Januari 2009, Huawei menjadi pemohon yang terbesar di bawah Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) dengan 1,737 pemohonan yang diterbit pada tahun 2008. Secara keseluruhannya, jumlah antarabangsa yang difailkan di bawah PCT WIPO pada tahun 2008 mewakili jumlah pemohonan tertinggi yang diterima di bawah PCT dalam satu tahun dan China mempertingkat kedudukannya dengan meningkat satu tempat dan menduduki tempat keenam di antara pengguna-pengguna PCT yang terbesar di dunia dengan 6,089 pemfailan. Pada Februari 2011, Huawei memohon 49,040 paten pada peringkat global dan 17,765 telah disahkan setakat ini.

Perjualan[sunting | sunting sumber]

Huawei's global contract sales for 2006 reached US$11 billion (a 34% increase from 2005), 65% of which came from overseas markets.[83][84] By the end of 2008, global contract sales of Huawei Technologies, China's largest telecoms gear maker, jumped 46 percent to US$23.3 billion.[85] Huawei experienced sales exceeding US$30 billion in 2009,[85][86] and global sales increased by 24 percent to 185.2 billion yuan in 2010. Perjualan kontrak global Huawei pada tahun 2006 mencapai US$11 bilion (peningkatan sebanyak 34% dari 2005), yang 65% daripadanya datang dari pasaran luar negara. Setakat tahun akhir 2008, perjualan kontrak global Huawei Technologies, yang merupakan pasaran market telekom yang terbesar di China, meningkat sebanyak 46% dan berjumlah US$23.3 billion. Perjualan Huawei melebihi US$30 bilion pada tahun 2009, dan perjualan globalnya meningkat sebanyak 24% dan menjadi 185.2 bilion RMB pada tahun 2010.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Huawei menaja Borussia Dortmund

Huawei Technologies merupakan satu daripada enam syarikat industri telekom yang termasuk dalam senarai 200 Syarikat yang Paling Disanjungi yang disusun oleh majalah Forbes pada Mei 2007. Pada Disember 2008, majalah Business Week memasukkan Huawei dalam senarai “Syarikat yang Paling Berpengaruh di Dunia”. Pda tahun 2010, Fast Company mendudukan Huawei tempat kelima di antara syarikat-syarikat yang paling berinovatif di dunia. Pada tahun yang sama, Huawei menerima tiga kepujian dalam Anugerah Inovasi Perniagaan Telekom Global, termasuk anugerah “Inovasi stesen berasakan kehijauan”, “Inovasi pemborongan rangkaian” dan “Inovasi pengundian konsumer”, dan Vodafone, Bt dan TalkTalk juga menerima anugerah yang sama masing-masing. Pada tahun 2010, Frost & Sullivan mengiktiraf Huawei sebagai Pembekal Peralatan SDM pada tahun 2010 dan juga Anugerah Kepimpinan Strategi Pertumbuhan Asia Pasifik 2010 dalam bidang pasaran aplikasi pusat perhubungan. Pada 29 Julai 2010, Huawei diiktiraf oleh Telekom British dengan Anugerah Kelas Terbaik 21 CN Kematangan Penyelesaian, Nilai, Perkhidmatan dan Innovasi. Pada 2010, The Economist mengiktiraf Huawei dengan Anugerah Penggunaan Inovasi dalam Syarikat. Pada Mei 2011, Huawei memenangi dua anugerah dalam Sidang Kemuncak LTE 2011 yang bernama “Perkembangan Signifikan dalam Pelancaran Komersil LTE oleh Seorang Pembekal” dan “Elemen Rangkaian LTE Terbaik”. Setakat Mei 2011, Huawei telah menubuhkan lebih 100 rangkaian komersil SingleRAN, yang berkebolehan bertukar menjadi sebahagian LTE, dan lebih 40 orang operator yang telah menubuhkan rangkaian SingleRAN mengumumkan pelancaran perkhidmatan LTE yang unik. Huawei selalu digambarkan sebagai “berkemungkinan menjadi syarikat China yang paling berjaya di peringkat global”.

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Huawei menaja kelab Bundesliga Borussia Dortmund. Pada 15 September 2013, Huawei diumumkan sebagai penaja kemeja baru kelab A-League Wellington Phoenix F.C. dan juga penaja Liga de Fútbol Profesional (LFP) di Sepanyol. Pada 17 Januari 2014, Arsenal F.C memgumumkan bahawa Huawei akan menjadi “Rakan Kongsi Telefon Pintar Global” mereka. Pada Mac 2014, Huawei menjadi penaja kemeja Rayo Vallecano untuk dua pertandingan La Liga yang berlawan dengan Real Madrid dan Athletic Bilbao. Pada April 2014, Huawei menjadi “Rakan Kongsi Rasmi” Paris Saint-Germain untuk tiga sesi yang akan datang. Huawei muncul dalam permainan kriket buat kali pertama pada April 2014 dengan menkadi penaja utama Royal Challengers Bangalore, sebuah pasukan kriket domestik yang bermain dalam Liga Perdana India. Persatuan Bola Sepak Ghana memgumumkan bahawa Huawei menjadi penaja terbaru untuk pasukan tersebut sebelum Piala Dunia FIFA di Brazil. Penajaan yang bertempoh satu tahun ini bernilai US$100,000 dan produk-produk lain.

Tanggungjawab sosial perusahaan[sunting | sunting sumber]

Huawei menderma wang dan peralatan kepada beberapa universiti dan pusat latihan di negara-negara seperti Kenya, India, Indonesia, Bangladesh, dan Nigeria sebagai sebahagian daripada sokongan antarabangsa kepada pendidikan dan latihan teknologi dan komunikasi. Di Amerika Syarikat, Huawei telah menaja Program Masa Depan Komunikasi MIT, penyelidikan kerjasama yang mengkaji masa depan industry telekomunikasi.

Pada tahun 2010, Huawei menyertai Suruhanjaya Jalur Lebar untuk Perkembangan Digital yang ditubuhkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan UNESCO untuk menyokong penghantaran jalur lebar di negara sedang membangun. Pada tahun yang sama, Huawei menyertai consortium Green Touch, kumpulan industry yang bertujuan menjadikan rangkaian komunikasi 1000 kali lebih efisien berbanding dengan rangkaian yang sedia ada. Pada Jun 2011, Huawei menandatangani satu perjanjian lima tahun yang menyumbang perkhidmatan, peralatan dan kepakaran teknikal yang bernilai lebih US$ 1.4 juta kepada Universiti Carleton, di Ottawa, Kanada, untuk menubuhkan makmal penyelidikan yang mengkaji teknologi dan perkhidmatan pengkomputeran awan. Pada bulan yang sama, Huawei menerbit Laporan Tanggungjawab Sosial Perusahaan 2010.