Hubungan Amerika Syarikat–Angola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Angola

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Angola



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Hubungan Angola-Amerika Syarikat adalah hubungan antarabangsa antara Angola dan Amerika Syarikat. Hubungan ini tegang semasa Perang Saudara Angola semasa kerajaan AS menyokong pemberontak UNITA, tetapi menjadi hangat semasa kerajaan Angola menolak Marxisme pada tahun 1992.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat membantah kemasukan keahlian Angola ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak kemerdekaannya pada tahun 1975 sehingga penerimaannya pada Disember 1976. Angola tiada hubungan rasmi dengan Amerika Syarikat sehingga tahun 1993[1]. AS lazimnya menyokong FNLA dan selepas itu UNITA, pihak-pihak lawan parti pemerintah semasa, iaitu Gerakan Popular untuk Kebebasan Angola.

A.S. membantu Angola sebanyak 188 juta Dolar AS pada tahun 2003, banyak dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan pengawalan penyakit. Program makanan untuk keamanan USAID memberikan lebih daripada 30 juta Dolar AS kepada rakyat Angola pada tahun 2005.

Kini Angola merupakan rakan perdagangan yang kedua terbesar di Afrika Sub-Sahara untuk AS, terutamanya disebabkan oleh petroleum; Angola menghasilkan 1.4 bilion tong petroleum setiap hari, kedua kepada Nigeria di seluruh Afrika. Dijangka bahawa akan meningkat kepada 2 bilion tong setiap hari pada tahun 2008. Banyak medan minyak dapat membekal kepada pam Amerika.

Lawatan Presiden Angola Jose Eduardo dos Santos ke Washington pada tahun 2005 merupakan tanda hubungan mesra antara kedua-dua buah negara ini.

Pada Mei 2007 Majlis Hubungan Luar mengatakan bahawa "Beberapa buah negara Afrika adalah lebih penting bagi kepentingan AS daripada Angola."[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steven A Holmes (20 Mei 1993). "Washington Recognizes Angola Government". New York Times. Dicapai pada 2007-01-11.

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.